Saturday, November 27, 2010

Karnival Keluarga sempena 10 Tahun Penubuhan BKP YSHHB 27 & 28, Nov 2010 @ Sekolah YSHHB

Sempena memperingati 10 tahun penubuhannya, Badan Kebajikan Pekerja telah menganjurkan kegiatan yang bertujuan untuk menambahkan lagi dana kewangannya sambil memberikan peluang Orang ramai untuk berhibur bersama keluarga. Berbagai aktiviti telah di jalankan dari perlawanan, pameran dan sukan-sukan mencabar.

Selama 2 hari kegiatan ini di bukakan kepada orang ramai untuk sama-sama memeriahkan suasana di sepanjang karnival ini di jalankan. Antara yang menjadi perhatian adalah Rumah Hantu dan pameran binatang.

Karnival telah di rasmikan oleh Penolong Pengarah Urusan 1 YSHHB, turut hadir adalah Penolong Pengarah Urusan 2, Pegawai dan Kakitangan YSHHB yang juga turut serta memeriahkan lagi Karnival ini.

Selama 2 hari karnival ini di jalankan, yang boleh saya rumuskan ianya adalah sangat Berjaya dan sangat memberikan impak kepada seluruh ahli jawatankuasa bagaimana caranya menjalankan aktiviti yang besar seperti ini. Selain dari melibatkan para Ahli Badan sendiri, turut membantu adalah sukarelawan YSHHB dan sukarelawan dari ITB.

Dari keseluruhan kutipan yang di perolehi dari Karnival ini sebahagiannya akan di sumbangkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim. Adalah di hasratkan agar kegiatan seperti ini akan dapat selalu di laksanakan dan kemungkinan untuk menjadikan Karnival keluarga ini menjadi aktivti tahunan ataupun dwi tahunan agar akan dapat di pertimbangkan demi menyatukan dan mengeratkan para ahli bersama keluarga mahupun memberikan dan memperkenalkan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB kepada orang ramai.


IMG_9406
IMG_9484
IMG_9550
IMG_9325
IMG_9516
IMG_9532
IMG_9561
IMG_9555
IMG_8568
IMG_9859
IMG_9873
IMG_9894
IMG_9922

untuk meyaksikan sepanjang karnival sila klik