Friday, July 2, 2010

85% Jawatankuasa BKP YSHHB 2008-2010 KEKAL............. (Sekitar AGM BKP 2010)

.
Selepas menjalani sistem pengundian, sepertimana yang biasa di jalankan sejak tahun 2002, buat pertama kalinya sejarah telah tercatat bagi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Pekerja YSHHB, yangmana hanya 2 jawatan telah bertukar tangan dan 1 kekosongan pula mula di isikan semula pada pemilihan calon kali ani.
.
Selamat datang di ucapkan kepada Naib Yang Dipertua baru - Pg Hj Dahrin Pg Hj Md Yassin, Bendahari - Dyg wardiah bte Hj Abd Hamid dan Penolong Bendahari - Dyg Salawati bte Hj Jakut (wakil pertama dari Kakitangan Letak Kereta YSHHB memegang jawatan di dalam BKP). Dan Ribuan Terima Kasih juga di ucapkan kepada Dk Norazimah bte Pg Hj Muhammad dan Dyg Hjh Siti Hamdiah bte Hj Jumat diatas jasa selama 2 tahun memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Pekerja YSHHB tahun 2008-2010.
.
Mesyuarat Agung pada tahun ini di mulakan dengan Majlis Bacaan Surah Yassin beramai-ramai yang di ketuai oleh Ustaz Haji Shamsul Muawan bin Haji Shodiq dan kemudiannya barulah di ikuti dengan pembentangan laporan kewangan Badan dan Laporan aktiviti Badan bagi tahun 2008-2010.
.
Beberapa rombakan telahpun di buat pada mesyuarat ini, Rang Perlembangaan Badan Kebajikan Pekerja jua telah di pinda bagi beberapa perkara yang di fikirkan perlu bagi mengemaskinikan keadaan mengikut keperluan semasa, Tahun Kewangan BKP juga telah di ubah dari 31 Disember setiap tahun kepada 30 Jun. Tabung Derma Khairat juga turut di sentuh mengenai dengan penghebahan maklumat sumbangan yang telah di buat agar dapat di ambil perhatian. Sesuatu yang begitu progresif telah kitani capai pada Mesyuarat Agung pada kali ini. Alhamdullilah.......
.
Acara kemuncak pula pada hari itu adalah pengumuman keputusan pengundian Calon-calon Ahli Jawatankuasa bagi sessi Julai 2010 hingga Jun 2012, yang telah di sampaikan oleh Ak Hani Sayuti dan seperti di jangkakan Yang Di Pertua, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Kebajikan Pekerja YSHHB telah di kekalkan. Ini adalah sebagai satu pertanda kepuasan para ahli bagi apa yang telah di laksanakan pihak Badan pada sessi yang telah lalu. Tahniah kepada mereka yang terpilih sekali lagi dan Selamat Datang kepada yang baru terpilih dan sama-samalah kita melaksanakan Amanah yag di berikan kepada kita sebaik dan seiklas yang mungkin.....
.
Sekitar Mesyuarat Agung BKP YSHHB


IMG_9484
IMG_9509
IMG_9517
IMG_9519
IMG_9536
IMG_9557

Untuk melihat keseluruhan gambar sila klik