Sunday, May 17, 2009

Masih Jauh hendak Di Daki......... rumusan Kejohanan Netball @ MPH 17-05-09

.
Dengan berbekalkan 1 kemenangan dari 5 perlawanan memang terasa jauh lagi standard yang perlu kita kejar bagi menandingi pasukan-pasukan lain dalam kejohanan Netball yang kita sertai yang telah di adakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 17-05-09. Dengan hasrat hanya sebagai pendedahan bagi pasukan Bola Jaring BKP, satu inisiatif telah dibuat dengan menyertai kejohanan yang boleh saya sifatkan Kejohanan PRO yangmana telah disertai oleh pasukan-pasukan yang “kebilangan” dengan pemain mereka yang handal dan lincah dalam perlawanan seperti Pasukan Ivy (Pasukan PAP Hjh Azeemah & PAP Hjh Fadzillah), Pasukan Comet (Pasukan Pg Anak Isteri Sarah) dan beberapa pasukan lainnya.

Kekalahan demi kekalahan bukan lah peluntur yang boleh menumbangkan semangat para pemain dari Pasukan BKP YSHHB. Dan akhirnya Pasukan BKP telah berjaya dalam satu perlawan dari enam perlawanan yang dijalankan secara liga pada hari itu. Hanya satu yang mungkin boleh kita fikirkan bersama iaitu mengenai pengunaan nama pasukan, dalam kejohanan besar seperti ini mugkin kita akan boleh menggunakan nama ketiga selain dari menggunakan nama Yayasan ataupun BKP YSHHB memandangkan ianya akan lebih “catchy” dan juga ianya juga memadankan dengan suasana sekeliling kejohanan tersebut agar kita tidak kelihatan seperti satu acara yang terlalu official atau resmi untuk di dengar…….

Mengenai persediaan memang banyak perkara lagi harus kita siapkan dan yang terpenting sekali adalah Jurulatih, saya difahamkan para ahli pasukan Bola Jaring kita telah mengambil inisiatif dengan memperoleh seorang Coach dan pembayaran telah di buat secara kongsi antara pemain, satu sifat yang bagi saya harus di berikan pujian demi sama-sama memajukan pasukan kita. Selain dari jurulatih teknikal, pasukan Bola Jaring kita jua mempunyai jurulatih “Stamina” yang mana telah di latih oleh Ketua Bahagian Sukan sendiri. Semoga Pasukan Bola Jaring BKP akan terus berjaya dalam mana-mana kejohanan yang akan di sertai di masa akan datang….. saya juga ingin menyampaikan rasa simpati kepada Dyg Norazlina yang telah tercedera semasa kejohanan tersebut.
.
BKP Netball Tourney 004
BKP Netball Tourney 132
BKP Netball Tourney 149
BKP Netball Tourney 145
BKP Netball Tourney 162
BKP Netball Tourney 275
BKP Netball Tourney 276
BKP Netball Tourney 167
BKP Netball Tourney 271
BKP Netball Tourney 286
BKP Netball Tourney 171
Sila Saksikan Aksi-aksi hebat di Sini

Monday, May 11, 2009

Taklimat Kesihatan Jantung @ Kompleks YSHHB 11-05-09

Mengimbangi kegiatan sukan dan kegamaan, Bahagian Kebajikan Sosial telah mengungkayahkan satu sessi ceramah kesihatan mengenai kesihatan jantung yangmana telah di diberikan oleh Bahagian Kesihatan Jantung Kementerian Kesihatan. Lebih dari 50 orang ahli telah menghadiri ceramah tersebut dan ianya juga di selajurkan dengan pemeriksaan kesihatan dengan kadar caj B$5 bagi satu pemeriksaan. Dengan adanya sessi sebegini sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kesedaran kepada para ahli yang hadir supaya lebih menitik beratkan kesihatan diri seperti pepatah kita “Mencegah Lebih baik dari Mengubati”.
IMG_1953
IMG_1961
IMG_1964
IMG_1991
IMG_1999
IMG_2006
gambar Keseluruhan di sini

Sunday, May 10, 2009

CERAMAH MOTIVASI – DATO DR FADZILLAH KAMSAH @ Jerudong Park Polo Club 10-05-09

Dengan inisiatif bagi kecemerlangan bersama, pihak BKP YSHHB telah memberikan insentif B$20 subsidi bagi pembelian tiket ceramah Motivasi yang di sampaikan oleh Dato Dr Fadzillah Kamsah yang bertajuk Menjana Insan Cemerlang Melalui Kaedah 10Q’s. Seramai 12 orang Ahli telah menyertai sessi Ceramah ini yangmana pembayaran balik akan di buat melalui potongan gaji bulan Mei dan Jun 2009.

Adapun intipati Ceramah ini adalah menjurus kepada penjanaan minda individu agar beralih kearah kecemerlangan dengan pengimbangan antara Keagamaan, Psikologi dan Pengenalan kepada kekuatan dan kelemahan diri. Satu ceramah yang boleh di kira sebagai santapan Rohani demi sama-sama menjana ke Arah menjadi Insan yang Cemerlang.
IMG_1818
IMG_1852
IMG_1882
IMG_1855
gambar keseluruhan di sini

Wednesday, May 6, 2009

BKP Kalah TIPIS 3-4 di Tangan DST Com @ SM 06-05-09

Pasukan yang pernah mengikuti kejohanan besar di Negara ini telah berkunjung ke Padang Sekolah Menengah YSHHB bagi mengadakan perlawanan persahabatan Bolasepak bersama pasukan BKP YSHHB. Dari segi mutu permainan ternyata kita tidaklah begitu jauh ketinggalan, hanya kita perlu menyediakan satu pasukan yang lebih mantap dan bertenaga bagi perlawanan 90 minit di atas padang. Dengan keputusan kekalahn tipis ini rasanya memang cukup membanggakan apatah lagi percaturan pada malam ani memang ala-ala rojak saja…..
.
Tahniah kepada Bahagian Sukan dan diharap tak akan pernah “Jara” mencari seberapa banyak lagi kegiatan yang boleh kita libatkan para ahli. Dan saranan ini jua seperti biasa akan tetap saya utarakan kepada semua ahli supaya akan tetap terus menyokong kegiatan yang pihak BKP anjurkan dengan menghadirkan diri (walaupun inda main) bagi sama-sama menunjukkan rasa sokongan….. ariossss
.
IMG_1550
IMG_1546
IMG_1571
IMG_1580
Gambar Keseluruhan di Sini