Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Salallah Alaihi Wassalam @ KBY 04-03-10


Sebagai kegiatan tahunan Yayasan SHHB bagi meraikan Hari-hari Kebesaran Islam, melalui penyelanggaraan Badan Kebajikan Pekerja (Bahagian Keagamaan) telah menganjurkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallah Alaihiwassalam yangmana juga di selajurkan dengan ceramah Ugama yang di sampaikan oleh : Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee, Penceramah Pusat Da’wah Islamiah.

Di dalam ceramah beliau, beliau telah mengupas keistimewaan Insan yang bernama Nabi Muhammad Sallalah Alaihiwassalam. Kehidupan harian beliau dan banyak lagi sifat yang dapat di contohi oleh kita hingga ke hari ini. Selesai mendengarkan ceramah, Majlis diteruskan dengan Majlis Bedikir Asyrakal beramai-ramai yang di ketuai oleh Ustaz Syamsul Muawan bin Haji Shodiq. Majlis di sudahi dengan penyampaian Cenderahati kepada Penceramah Undangan yang di sampaikan oleh Tetamu Kehormat : Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Hj Daud.


IMG_2688
IMG_2692
IMG_2710
IMG_2733

keseluruhan gambar sila klik