Wednesday, October 27, 2010

Perlawanan Bolasepak 2 Wilayah 26-10-10


Walaupun hujan lebat pada malam itu, namun semangat kedua-dua pasukan yang mewakili "Wilayah" masing-masing tetap membara.... namun akhirnya pasukan Pejabat telah mengalami kekalahan yang kedua dengan kutipan 0-8. Walaupun kedua-dua pasukan nampaknya bermain secara bertahan pada separuh masa pertama namun kealpaan di pihak Pejabat telah pun di hukum oleh pihak Sekolah, di tambah lagi dengan tahap kecergasan yang memang "singap-singap tunggal" juga adalah faktor lain kekalahan ini.......

Kita akan menanti lagi pusingan ketiga perlawanan 2 Wilayah ini dengan perlawanan Bola Jaring yang akan di adakan pada bulan November 2010..... kita jumpa d sana....

IMG_5908
IMG_5913
IMG_5868
IMG_5876
IMG_5931

untuk melihat gambar keseluruhan sila klik

Monday, October 25, 2010

Biarpun Sedikit InsyaAllah Menfaatnya Besar.... Projek memucang-mucang di Masjid Kg Bukit 24-10-10


Dengan di ketuai oleh YDP Badan Kebajikan Pekerja - Seawal jam 7.00 pagi lagi seramai lebih kurang 20 orang ahli yang sanggup menyumbangkan masa hujung minggu mereka bagi membuat sedikit Amal kepada Masjid Kg Bukit telah berkumpul di Pejabat Yayasan Kumbang Pasang dan sama-samam menaiki bas menuju ke Daerah Tutong untuk sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Kg Bukit, Mukim Ukong Daerah Tutong.

Selepas menghrungi 2 jam perjalanan ke Masjid Kg Bukit, akhirnya kami semua telah pun sampai dengan di mulai dengan sessi taklimat dari ketua projek ini, iaitu imam Masjid Kg Bukit - Imam Hj Azlee. Kerja-kerja pada Pagi ini adalah projekmembisaikan lagi halaman sekitar Masjid Kg Bukit yangmana akan di tanam dengan buah-buah tempatan seperti kedudung dan rambutan yangmana telah di sumbangkan melalui kewangan Badan Kebajikan Pekerja dan Tabung Derma Khairat Pekerja-pekerja YSHHB. Badan Kebajikan juga mempeoleh bantuan dari Unit Sukarelawan bagi menggunakan perkakas yang terdapat di unit itu seperi water compressor bagi kegunaan membersihkan halaman masjid.

Turut hadir dalam projek memucang-mucang ini juga adalah Penghulu Mukim Ukong dan Ketua Kampong Bukit serta penduduk-penduduk Kempong Bukit yang turut bejamur bebasah bersama-sama. Projek selesai pada Tengahari dan Alhamdullilah pihak Masjid Kg Bukit amat berterima kasih atas sumbangan dan keihlasan para ahli dalam sama-sama menjayakan projek ini.
IMG_2419
IMG_2436
IMG_2444
IMG_2454
IMG_2466
IMG_2482
IMG_2507
IMG_2540
IMG_2538
IMG_2572
IMG_2592
IMG_2602
IMG_2609

Untuk meyaksikan keseluruhan aktiviti sila klik

Sunday, October 17, 2010

Perlawanan 2 Wilayah (Badminton) - Wakil Pejabat tenggelam di halaman Sekolah


Perlawanan Tradisi yang sebelum ini telah di kenali dengan gelaran perlawanan 3 Wilayah (Perlawanan antara 3 Kawasan YSHHB iaitu Sekolah, Pejabat Kumbang Pasang dan Pejabat Kompleks YSHHB) kini telah di hidupkan semula dengan kelolaan dari Bahagian Sukan, namun format telah di tukar sedikit memandangkan selepasa beberapa tahun, pertambahan kakitangan dari pihak sekolahtelah naik secara mendadak yang memaksa 2 Kelompok Pejabat (Kumbang Pasang dan Kompleks) telah di satukan menjadi stau pasukan bagi menghadapi Wakil dari pihak Sekolah. Bukannya hendak membeza-bezakan antara Kakitangan malahan ianya bertujuan untuk menyatukan dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara sama Pegawai dan Kakitangan yang di tempatkan di Sekolah YSHHB (Taska, SR & SM) dan Pejabat YSHHB (KP dan KBY).

Masih jauh ketinggalan...adakah itu ukuran?, itulah yang dapat saya andaikan, Pasukan Sekolah telah membelasah pasukan Pejabat dengan 10 kemenangan berbanding hanya 3 kemenangan di pihak Pejabat. Maju atau mundur sebenarnya bukan lah ukuran, berjaya bagi mengumpulkan pemain untuk mewakili pasukan masing-masing sebenarnya adalah satu kejayaan dan menunjukkan Badan Kebajikan Pekerja masih lagi relevan dan masih lagi di perlukan kewujudannya dalam mengisikan masa-masa Pegawai dan Kakitangan YSHHB. apa pun keputusan malam ini hanyalah satu perkiraan yang nampak sedangkan faedah yang lebih besar telah kita sama-sama nikmati selama ini dengan hasil dari kita bersatu dalam mengendalikan apa jua aktivti mahupun besar atau pun kecil....

Sessi Perlawanan 2 wilayah akan diteruskan dengan sukan yang lain iaitu Bolasepak dan Bola Jaring.... stay tuned...

IMG_5414
IMG_5488
IMG_5439
IMG_5431
IMG_5470
IMG_5455
IMG_5467
IMG_5480

Untuk menyaksikan keseluruhan perlawanan sila klik