Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

IMG_0066 modi
.
Kepada semua Ahli-ahli Badan Kebajikan Pekerja YSHHB, YDP dan Semua Ahli Jawatankuasa BKP 2008-2010
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.....

Monday, September 22, 2008

Sambutan Nuzul Al-Quran @ Kompleks YSHHB 22-09-08

Oleh : Amri HMS
.
Meraikan perayaan hari-hari Kebesaran Islam adalah merupakan kegiatan tahunan kitani di YSHHB dan semenjak penubuhan Badan Kebajikan Pekerja, ianya telah di serahkan pengurusannya kepada pihak BKP melalui Bahagian keagamaan. Untuk menganjurkan Majlis Sambutan seperti Sambutan Nuzul Al-Quran rasanya bukanlah terlalu rumit bagi kitani yang telah terbiasa mengendalikan acara-acara besar dari ani, namun masalah yang selalu berbangkit di kalangan kitani adalah masalah kehadiran para ahli-ahli kitani untuk sama-sama menjayakan Majlis seperti ani. boleh dikatakan masih banyak di antara kitaniyang amat "liat" kan datang tepat pada waktunya dan masih ada yang bertunggu-tungguan. Di harap satu aspek yang perlu kitani dapat perbaiki.
.
Dalam Majlis sambutan pada tahun ani, kitani telah mengadakan sessi Ceramah yang di kendalikan oleh Penceramah Jemputan dari Universiti Sultan Shariff Ali dan dalam ceramah beliau, beliau telah banyak mengupas akan fadhilat dan keagungan Al-Quran dan sejarah-sejarah serta ikhtibar yang dapat di ambil contoh bagi bekalan kitani pada masa ani. Dalam Majlis ani jua di selajurkan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid Kg Lamunin,Masjid Kg Bang Dalam dan Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddein Kg Katimahar melalui Tabung Derma Khairat Kakitangan YSHHB (TADEKHA). Mudahan semua perkara yang berkebajikan yang kitani lakukan akan di terima oleh Allah jua amin....
.
NUZUL 01
NUZUL 02
NUZUL 03
NUZUL 04
NUZUL 05
NUZUL 06
NUZUL 07
NUZUL 08
NUZUL 09
NUZUL 10

Ceramah Bulan Ramadhan @ Kumbang Pasang 11-09-2008

Oleh : Amri HMS
.
Meluaskan pengetahuan menghalusi pemahaman, Alhamdullilah Bahagian keagamaan telah berjaya menganjurkan satu egiatan yang amat berfaedah terutama pada bulan Seribu rahmat ini. Sessi ceramah yang telah di kendalikan oleh pencermah Jemputan Ustaz Anwari memang amat membuka minda dan bertapa kadang-kadang perkara yang begitu remeh di pandangan kitani rupa-rupanya memang besar kesannya kepada peribadatan kitani seharian.
.
Sessi yang menarik adalah sessi soal jawab, segala aspek peribadatan di bulan Ramadhan ani telah dis entuh satu persatu, dari sudut sungkai, makan sahur, sembahyang sunat dan lain-lain lagi telah di perbincangkan dan di jelaskan dengan begitu interaktif. Harap-harap legiatan cemani yang memang santai ani akan dapat di adakan lagi dari masa ke semasa....
.
Kuliah R 001
Kuliah R 002
Kuliah R 003
Kuliah R 004
Kuliah R 005
Kuliah R 006
Kuliah R 007

Tuesday, September 9, 2008

Kuliah Ramadhan

rujukan : Minit Bhg Keagamaan YSHHB/BKP/UGM (2008-2010)

Tajuk : Kuliah Ramadhan
Tempat : Pejabat Yayasan, Jalan Kumbang Pasang
Tarikh : Khamis, 11 September 2008
Maritah kitani datang beramai-ramai bagi menambah dan menghalusi pengetahuan kitani.... InsyaAllah
segala pengetahuan ani akan dapat kitani jadikan bekalan di masa hadapan.... Amin.

Wednesday, September 3, 2008

Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadhan 1429H

001
002
.
Bertedarus Al-Quran di bulan Raamdhan adalah merupakan satu aktiviti tahunan bagi Ahli-ahli Badan Kebajikan Pekerja YSHHB. selain ianya menghalusi bacaan para ahli, ianya jua amat besar pahalanya. Marilah kitani meramai-ramai kan lagi semoga pahala dan bacaan kitani ani nanti akan di terima oleh Allah SubahanahuWataala.... amin..

Tuesday, September 2, 2008