Monday, September 22, 2008

Sambutan Nuzul Al-Quran @ Kompleks YSHHB 22-09-08

Oleh : Amri HMS
.
Meraikan perayaan hari-hari Kebesaran Islam adalah merupakan kegiatan tahunan kitani di YSHHB dan semenjak penubuhan Badan Kebajikan Pekerja, ianya telah di serahkan pengurusannya kepada pihak BKP melalui Bahagian keagamaan. Untuk menganjurkan Majlis Sambutan seperti Sambutan Nuzul Al-Quran rasanya bukanlah terlalu rumit bagi kitani yang telah terbiasa mengendalikan acara-acara besar dari ani, namun masalah yang selalu berbangkit di kalangan kitani adalah masalah kehadiran para ahli-ahli kitani untuk sama-sama menjayakan Majlis seperti ani. boleh dikatakan masih banyak di antara kitaniyang amat "liat" kan datang tepat pada waktunya dan masih ada yang bertunggu-tungguan. Di harap satu aspek yang perlu kitani dapat perbaiki.
.
Dalam Majlis sambutan pada tahun ani, kitani telah mengadakan sessi Ceramah yang di kendalikan oleh Penceramah Jemputan dari Universiti Sultan Shariff Ali dan dalam ceramah beliau, beliau telah banyak mengupas akan fadhilat dan keagungan Al-Quran dan sejarah-sejarah serta ikhtibar yang dapat di ambil contoh bagi bekalan kitani pada masa ani. Dalam Majlis ani jua di selajurkan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid Kg Lamunin,Masjid Kg Bang Dalam dan Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddein Kg Katimahar melalui Tabung Derma Khairat Kakitangan YSHHB (TADEKHA). Mudahan semua perkara yang berkebajikan yang kitani lakukan akan di terima oleh Allah jua amin....
.
NUZUL 01
NUZUL 02
NUZUL 03
NUZUL 04
NUZUL 05
NUZUL 06
NUZUL 07
NUZUL 08
NUZUL 09
NUZUL 10