Tuesday, March 8, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN BKP YSHHB & HSBC @ BANGUNAN PGGMB 07-03-11


Membuka tirai bagi perlawanan persahabatan Badminton pada tahun ini setelah hamper 5 bulan berehat, Badan Kebajikan Pekerja YSHHB telah di pelawa bagi mengadakan perlawanan dengan Hongkong & Shanghai Bank bertempat di Gelangang Badminton Bangunan PGGMB. Memang di akui terlalu jauh peristasi pihak lawan jika kita ingin menyaingi mereka dimana pasukan BKP YSHHB telah tewas 11 pasukan bergu dan 3 seri.

Sambutan para ahli pada malam itu tidaklah mengecewakan, kita hanya kekurangan bakat yang perlu di gilap memandangkan jaguh-jaguh kita yang sedia telah banyak “bersara”. Di harapkan hal ini akan dapat di fikirkan oleh Bahagian Sukan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB.


IMG_6939
IMG_6935
IMG_6944
IMG_6954
IMG_7024

Gambar keseluruhan sila klik

Friday, March 4, 2011

MAJLIS SUMBANGAN BKP YSHHB KEPADA AHLI-AHLI BKP YSHHB KALI KE 2/11 @ KBY 04-03-11

Bagi kali kedua tahun ini, Badan Kebajikan Pekerja YSHHB telah meneruskan kegiatannya dengan sumbangan kepada ahli-ahlinya yang telah kehilangan keluarga dan yang baru melahirkan anak. Kali ini ianya telah di adakan di Kafeteria, Kompleks Bangunan YSHHB.

Sumbangan telah di sampaikan oleh Amp Hj Saiful Rezal bin Amp Dato PAduka Haji Sabtu. Majlis telah di dahului dengan bacaan tahlil yang di ketuai oleh YDP sendiri yang di tujukan kepada semua kaum keluarga Ahli yang telah kembali ke Rahmatullah.

IMG_6257

IMG_6258

IMG_6263

IMG_6266

IMG_6269

Gambar keseluruhan sila klik

Tuesday, March 1, 2011

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALALLAHALAIHIWASSALAM @ DEWAN KULIAH SEKOLAH MENENGAH 28-02-11

Merupakan keraian bagi membesarkan hari-hari kebesaran Islam, Yayasan SHHB dengan kelolaan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui Bahagian Keagamaan telah meneruskan aktiviti berkebajikan ini yang telah di adakan di Dewan Kuliah Sekolah Menengah YSHHB. Majlis yang telah di hadiri oleh Pengarah Urusan dan Penolong-penolong Pengarah Urusan YSHHB ini juga melibatkan para ahli yang beragama Islam dan yang bukan Islam.

Majlis telah di mulakan dengan bacaan Zanji yang di sampaikan oleh Ustaz Samsul Muawan bin Hj Shodiq dan kemudiannya di ikuti dengan Ceramah yang telah di sampaikan oleh Penceramah yang tidak asing lagi bagi YSHHB sendiri, iaitu Yang Mulia Ustaz Hj Anwari bin Hj Rawi seorang pengamal perubatan Islam (Darusyifa’) dan juga merupakan penceramah dari Pusat Da’wah Islamiah.

Dalam ceramah beliau, selain beliau menyentuh mengenai keperibadian Junjungan kita Nabi Muhammad SAW beliau juga menyentuh sedikit mengenai perubatan Islam dan bagaiman mempergunakan produk-produk semulajadi menjadi obat juga beberapa bacaan dari Kitab Suci Al-Quran. Mengenai keperibadian Junjungan Nabi Muhammad SAW beliau menyatakan bagaimana suci nya hati baginda dalam menyampaikan dakwah baginda dan keihlasan baginda dalam membatu mereka yang susah dan fakir.

Majlis pada petang itu di tutup dengan Dikir Asyrakal yang di sampaikan oleh semua yang hadir.


IMG_5967
IMG_5965
IMG_5981
IMG_6004
IMG_6019
IMG_6025
IMG_6022

Untuk meninjau keseluruhan gambar sila klik