Wednesday, March 18, 2009

BKP YSHHB Kecundang di Laman Sendiri 17-03-09

Kali pertama bertarung di Padang Sekolah Yayasan, mungkin amat mengujakan dan sudah pastinya kitani mengharapkan satu kenangan yang manis bagi pengunaan sulung ani.... akan tetapi semua yang di impikan tak semestinya indah.... Pasukan BKP YSHHB telah kecundang dengan kekalahan yang tipis 6-7 kepada pasukan pelawat dari Kementerian Pendidikan....
.
Walaupun kitani sebenarnya telah mendahului di separuh masa pertama namun prestasi cemerlang ani tidak mampu di pertahankan lantaran kurangnya stamina pemain kitani. Harus juga di berikan pujian kepada pemain-pemain kitani yang memang telah berusaha sedaya upaya bagi mempersembahkan pemainan yang terbaik...... Inda apa kitani cuba lagi .....
.
BKP BKP lwn MOE 0003
BKP BKP lwn MOE 0007
BKP BKP lwn MOE 0056
BKP BKP lwn MOE 0057
BKP BKP lwn MOE 0011
BKP BKP lwn MOE 0072
BKP BKP lwn MOE 0065
BKP BKP lwn MOE 0049
BKP BKP lwn MOE 0046
Saksikan aksi keseluruhan Di Sini

Majlis Sambutan Maulidurasul SallalahAlaihiWassalam BKP 17-03-09

.
Rabiulawal datang lagi, bulan yang di dalamnya telah mencatatkan sejarah lahirnya seorang insan yang membawa rahmat ke seluruh alam.... Menjelang 12 Rabiulawal pada setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia dan tidak ketinggalan di negara Brunei Darussalam akan mengadakan majlis memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Pada hari ini, Selasa, 20 Rabiulawal 1430H bersamaan 17hb Mac 2009M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul Sallallahu ’Alaihi Wassalam Tahun 1430H/2009M. Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan Yayasan dalam meraikan hari-hari kebesaran Islam.
.
Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan doa Arwah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
.
Pada majlis kali ini aturcara utama ialah persembahan Dikir oleh ahli-ahli Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB). Dimana sebanyak 2 buah Dikir Syarafil Anam dan 2 buah Dikir Diba’ie telah dibawakan oleh ahli-ahli BKPYSHHB. Bagi mengakhiri dan memberkati majlis sambutan tersebut bacaan Doa Dikir dan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
.
Hadir dimajlis ini ialah Yang Mulia Pengarah Urusan Yayasan, Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru dari Taman Asuhan Kanak-Kanak, Sekolah Rendah dan Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
.
BKP Maulud Nabi  0019
BKP Maulud Nabi  0012
BKP Maulud Nabi  0024
BKP Maulud Nabi  0042
.
gambar keseluruhan di Sini

Monday, March 16, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM TAHUN 1430H/2009M 'MAULIDURRASUL SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM'

Ruj Minit Bhg Keagamaan

Tarikh : Selasa, 20 Rabiulawal 1430H / 17 Mac 2009M
Jam : 2.30 petang
Tempat : Tingkat 4, Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan YSHHB

Monday, March 9, 2009

Lawatan ke Taman Haiwan LTS Estate Farm 08-03-09

Photo by : Ahmad R (YDP)
.
Seramai kira-kira 100 orang ahli dan keluarga telah bersama-sama membuat lawatan ke taman haiwan yangmana terletak di Kg Katimahar yangmana ianya telah di tawarakan secara percuma oleh pihak taman. Aktiviti yang berasaskan santai dan kekeluargaan ani menarik minat anak-anak para ahli terutama bagi menyaksikan sendiri apa usulnya buaya, burung unta, payau (rusa) dan sebagainya. Dalam sesi lawatan ani phak BKP telah menyampaikan sijil penghargaan sebagai tanda Terima Kasih BKP kepada mereka dan sesi telah di akhiri dengan sesi memancing ikan.
.
Pihak BKP ingin mengucapkan Tahniah kepada Bahagian Kebajikan dan Sosial atas usaha mereka menganjurkan kegiatan-kegiatan seperti begini dan Jutaan Terima Kasih juga ingin kami ucapkan kepada Pihak Taman Haiwan LTS Estate Farm atas kesudian menjemput pihak BKP, InsyaAllah kitani akan dapat lagi belerjasama di masa akan datang........
.
Tinjau-tinjau sepanjang lawatan
BKP @ Zoo 06
BKP @ Zoo 34
BKP @ Zoo 23
BKP @ Zoo 63
BKP @ Zoo 60
BKP @ Zoo 59
BKP @ Zoo 64
BKP @ Zoo 79
BKP @ Zoo 96
untuk melihat semua sila klik

Majlis Dikir Penutup Maulud Nabi @ Jame' Asr 08-03-09

BKP Dikir Jame 0010
BKP Dikir Jame 0042
BKP Dikir Jame 0005
BKP Dikir Jame 0020
BKP Dikir Jame 0021
BKP Dikir Jame 0014
Gambar Keseluruhan di Sini

Thursday, March 5, 2009

Majlis Jemputan Dikir Maulud @ Masjid Lambak 04-03-09

.
Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Pihak BKP sekali lagi telah di jemput bagi menghadiri Majlis Dikir sempena menyemarakkan lagi Sambutan Maulidurassul SallalahAlaihiWassalam yangmana telah di adakan di Masjid Kg Lambak Kanan, bagi sama-sama beampit-ampitan pahala semasa mengendalikan Majlis ani, Pihak BKP melalui Tabung Derma Khairat Pekerja-pekerja YSHHB telah turut sama menyumbangkan kewangan sebanyak B$300.00 bagi kegunaan Majlis Berkenaan.....
.
BKP Dikir Lambak 0009
BKP Dikir Lambak 0024
BKP Dikir Lambak 0019
BKP Dikir Lambak 0032
.
Gambar Kumplit liat d sini

Wednesday, March 4, 2009

LAWATAN KE TAMAN HAIWAN LTS FARM

ruj : Minit Bhg Kebajikan dan Sosial


Penyertaan : Di bukakan kepada semua Ahli-ahli BKP YSHHB dan Keluarga
Tarikh : Ahad, 08 Mac, 2009
Jam : 1.30 ptg hingga 5.30 ptg
Tempat : LTS Farm, Simpang 2055, Kampung Katimahar

Aktiviti

- Menyaksikan Haiwan-haiwan seperti buaya, burung unta, emu dan lain-lain

- Memberikan makan haiwan-haiwan & memancing Ikan

- Membeli ikan yuang dipancing, ayam segar serta barang-barang yang dijual

sebarang pertanyaan sila berhubung dengan :-
Md Ali Zanuri - Kumbang Pasang
Hjh Suziliana - Kompleks YSHHB
Md Sadri - Sekolah Menengah
Sujimah - Sekolah Rendah
Salina Santhy - TASKA