Friday, April 23, 2010

Kejohanan Bowling Rumah-rumah BKP - Riuh dan Meriah.........

.
Sebagaimana yang di hasratkan dan tujuan asal penubuhan BKP ialah bagi mengeratkan dan merapatkan hubungan antara sesama ahlinya. Ternyata Kejohanan Bowling yang di laksanakan semalam telah membuktikan semua itu. Tahniah kepada Bahagian Sukan. Keceriaan, kemeriahan memang sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata. Semangat berpasukan di samping sebagai satu cara bagi memupuk rasa bersaing dengan cara sihat telah tercapai. Walaupun sebenarnya ada di antara ahli sesama pasukan baru pertama kalinya di satukan, akan tetapi keakraban memang mudah untuk di jalinkan dengan kaedah ini. Tiada siapa yang tahu dari mana asal tempat kerja ahlinya, semuanya bagai satu bumbung dengan sifat kekitaan yang terjalin.
.
Sesungguhnya kegiatan sebegini harapnya dapat di teruskan dan di pergiatkan lagi. Santai, meriah dan ceria.......... Tahniah Bahagian Sukan......... dan Tahniah Rumah Anbarah........... ;)
.
Bowling Keputusan Perlawanan copyIMG_3815
IMG_3819
IMG_3836
IMG_3858
IMG_3864
IMG_3907
IMG_3884
Untuk melihat keseluruhan kemeriahan sila klik di sini

Tuesday, April 20, 2010

TAKLIMAT KESIHATAN PENCEGAHAN PENYAKIT KRONIK @ DEWAN SM 21-04-10


Bahagian Kebajikan dan Sosial Badan Kebajikan Pekerja telah mengungkayahkan Taklimat berkenaan di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah YSHHB. Hadir pada taklimat ini adalah para Pegawai dan Kakitangan yang juga telah berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui kadar BMI juga tekanan darah. Dalam taklimat kesihatan ini juga penceramah jemputan dari Pusat Mempromosi Kesihatan - Dr Hajah Norhayati bte Hj Md Kassim, Pegawai Perubatan Kanan, Pusat Mempromosi Kesihatan, Kemneterian Kesihatan, telah memberikan informasi penting bagi bahaya penyakit-penyakit kronik, pencegahan dan pengamalam hidup cara sihat.


Sungguhpun aktiviti sebegini begitu ringkas dan singkat, akan tetapi ianya amatlah berguna bagi setiap individu memandangkan penyakit tidak mngenal siapa, kedudukan, jentina mahupun ideologi masing-masing. Di masa akan datang di harap akan ada lagi Taklimat sebegini bagi sama-sama mempromosikan kesihatan........


IMG_3672
IMG_3684
IMG_3699
IMG_3706
IMG_3720
IMG_3727
IMG_3771
IMG_3763
untuk melihat keseluruhan gambar sila klik

Tuesday, April 13, 2010

TAKLIMAT KESIHATAN PENCEGAHAN PENYAKIT KRONIK

.
Pada : 21 April, 2010
Tempat : Dewan Serbaguna, Sekolah YSHHB.
Jam : 2.15 petang
.
Dalam usaha mengelinga kebajikan para ahli-ahli, Badan Kebajikan melalui Bahagian Kebajikan dan Sosial sekali lagi menganjurkan taklimat kesihatan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai penyakit-penyakit kronik. Semua ahli di alu-alukan untuk menghadiri taklimat berkenaan bagi memperoleh pengetahuan dan manfaat darinya, InsyaAllah.....