Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan 1431H/2010M

Marhaban Ya Ramadhan

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj dan Majlis Doa Arwah Sempena Menjelangnya Bulan Ramadhan Tahun 1431H/2010M @ KBY 10-08-10

.
Bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah menjadi kelaziman kepada kitani orang-orang Brunei untuk mengadakannya sebelum menjelangnya bulan Ramadhan, sehubungan dengan ini juga, Yayasan SHHB dengan kelolaan Badan Kebajikan Pekerja melalui bahagian Keagamaan telah meneruskan kegiatan ani sebagai satu tradisi dan ianya juga di selajurkan dengan Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam "Isra' dan Mi'raj" yangmana ianya telah di adakan di Tingkat 4 Kompleks Bangunan YSHHB.
.
Hampir 150 orang ahli telah menghadirkan diri pada Majlis berkenaan dan ianya telah di mulakan dengan Majlis Tahlil dan Doa Arwah bagi Ahli-ahli, keluarga-keluarga Ahli Khususnya dan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat keseluruhannya. Acara diteruskan pula dengan Ceramah sempena Isr'a dan Mi'raj sambil menyelitkan beberapa info bagi persiapan menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan yang telah di sampaikan oleh Ustaz Noralizam bin Haji Aliakbar, Penceramah daripada Pusat Da'wah Islamiah.
.
Semoga para ahli yang hadir akan beroleh kebaikan dan faedah yang berguna untuk bekalan menjalani Ibadah Puasa. dan bagi mewakili Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Pekerja YSHHB, kami ingin mengucapkan Selamat Menjalani Puasa kepada semua Ahli-ahli yang berugama Islam dan semoga ibadah kita akan di berkati dan di terima oleh Allah Subahanwataala......... Amin
.

IMG_3022
IMG_3027
IMG_3037 IMG_3042IMG_3045IMG_3073

Untuk melihat keseluruhan gambar sila Klik