Sunday, January 24, 2010

Malam Penghargaan Pekerja-pekerja YSHHB @ Manggis Mall 23-01-2010 - Meriah dan meninggalkan Sejuta kenangan Manis..........

.
Alhamdullilah, setelah di rancang lebih dari setahun akhirnya kita telah berjaya mengadakan Malam Penghargaan Pekerja-pekerja YSHHB yang telah di adakan di Manggis Ballroom, Manggis Hua Ho Mall pada 23-01-2010 dengan penuh gilang gemilang dan sudah setentunya meninggalkan sejuta kenangan Manis........
.
Terasa amat di hargai oleh Yayasan SHHB, itulah yang terpahat dalam sanubari setiap pekerja yang telah hadir pada malam itu, turut sama hadir selaku tetamu kehormat pada malam Penghargaan ini adalah YB Pehin Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB - Pehin OKSK DSS Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
.
Malam itu juga diselajurkan dengan sambutan 10 Tahun penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB yangmana Tetamu Kehormat telah di berikan penghormatan selaku Pengasas penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB untuk memotong kek Ulangtahun ke 10 Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB. dan beliau juga turut menyampaikan plak penghargaan kepada pesara-pesara dari YSHHB yang juga turut di raikan sebagai mengenang jasa-jasa mereka di YSHHB.
.
Malam penghargaan ini telah di isikan dengan hiburan dari bentuk persembahan Nyanyian dan Tarian dari pihak DKS Culture Group dan juga persembahan lawak jenaka dari Dyg Kasum & The Geng....... diselitkan juga bacaan Syair tulisan Ibnirahim dan sessi 'gameshow' juga di adakan yangmana beberapa pekerja telah di kehendaki membuat lakonan, tarian malahan ada yang di suruh bersyair ....... memang 'supporting' lah 'staff' kitani ani ...... Kejutan pada penghujung Majlis ani adalah kemunculan Penyanyi yang tengah 'Ngetop' di Brunei - Maria yangmana telah mengamatkan suasana dimana beliau tiba-tiba saja muncul dari belakang Dewan........ akan tetapi kejutan ini juga telah di balas dengan kemunculan model dalam video clip beliau untuk memberikan beliau jambangan bunga............. hahaha memang 'Gaplah' suasana.........
.
Sebagai buah tangan bagi semua pekerja, setiap pekerja telah di berikan Hadiah berbentuk buah tangan mengikut 'seniority' masing-masing berkhidmat di YSHHB. sebagai bonus cabutan nombor bertuah juga telah di adakan ..... tahniah kepada yang telah memenangi hadiah nombor bertuah......... sioknye......
.
Sebagai 'Grand Finale' ialah pengumuman Raja dan Ratu Batik di mana telah di menangi oleh Ak Hani Sayuti (Raja Batik) dan Dyg Amalina Hj Lamit (Ratu Batik)....... dan bagi Grand 'lucky draw' telah di menangi oleh Awg Sadri.......... memenangi LCD TV Sony 32"........
.
Kesimpulannya malam itu adalah malam Penuh dengan kenangan dan akan menjadi kenangan kepada semua kakitangan yang berkhidmat di YSHHB agar lebih bersemangat memberikan komitmen kepada YSHHB........ Terima Kasih YSHHB atas kesudian mengenang jasa kami, Terima Kasih Badan Kebajikan atas kejayaan menganjurkan Majlis ini dan Terima Kasih kepada tulang belakang Majlis ini iaitu Ahli-ahli Jawatankuasa yang telah berhempas pulas demi untuk sama-sama mempastikan kejayaaan Majlis ini........... Alhamdullilah........
.
Gambar kenangan malam penghargaan.......................sila klik

Friday, January 22, 2010

Majlis Tahlil - Ibu kepada Awg Hj Khamis & Ayah kepada Awg Amri HMS @ KBY 22-01-10



Turut mengadakan Majlis Tahlil bagi keluarga ahli telah di adakan di Kompleks Banguna Yayasan bagi ibu kepada Awg Hj Khamis dan Ayah kepada Awg Amri HMS yangmana telah di ketuai oleh YDP Awg Ahmad Ritahudin bin Hj Sabtu. Sumbangan BKP telah di sampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan 3 – Awg Hj Mat Zahri Hj Yusof




IMG_1924IMG_1937IMG_1943



keseluruhan gambar sila klik

Tuesday, January 12, 2010

Friday, January 8, 2010

Sambutan Awal Tahun Hijrah dan Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan BKP YSHHB @ SekolahYSHHB 07-01-10

Badan Kebajikan Pekerja melalui Bahagian Keagamaan telah menganjurkan Majlis bagi meraikan Hari-hari kebesaran Islam, sebagai salah satu kegiatan tahunannya adalah Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah bagi tahun 1431. Majlis ini juga di selajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB.Hadir selaku tetamu kehormat adalah Pengarah Urusan YSHHB.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB yang di ketuai oleh : Ustaz Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah YSHHB.

Selesai bacaan Ratib dan Doa Selamat, Majlis di teruskan lagi dengan Nadwah (Forum) Khas Awal Tahun Baru Hijrah yang mana akan di pengerusikan oleh : Awg Haji Ali bin Haji Aji dan panel jemputan : Dr Ustaz Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah, Penceramah Pusat Dakwah Islamiah

Majlis petang ini di tutup dengan Bacaan Doa Selamat yang di bacakan oleh Ustaz Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah YSHHB.

Di sebalik tabir penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB

Badan Kebajikan Pekerja YSHHB (BKP YSHHB) telahpun di tubuhkan 10 tahun lalu pada 01 Januari, 2000 yangmana ianya telah di Asaskan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB yangmana Yang Berhormat Pehin pada masa itu masih memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan YSHHB. Adapun tujuan penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB ini adalah sebagai wadah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal dan juga dengan lain-lain organisasi di samping menanamkan sikap bantu membantu dan bekerjasama di antara semua pekerja Yayasan. Ianya juga adalah sebagai organisasi yang akan menggalakkan dan meningkatkan penglibatan ahli-ahli Badan dalam Aktiviti-aktiviti Keagamaan, Kebajikan & Sosial, Sukan dan Ekonomi. Keramaian Ahli sehingga kini adalah 254 orang ahli.



_MG_3217
_MG_3224
_MG_3222
_MG_3270
_MG_3268
_MG_3278
_MG_3283
_MG_3287
_MG_3290

Keseluruhan Gambar di Sini

Thursday, January 7, 2010

Majlis Tahlil - Ibu kepada Awg Bahrin bin Abd Rahim 06-01-10


Sebagai pemeduli kesusahan dan berkongsi kesedihan dengan para ahli, BKP YSHHB melalui Bhg Keagamaan telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi ibu kepada Awg Bahrin bin Hj Abd Rahim bertempat di Pejabat Yayasan Kumbang Pasang. Majlis telah di hadiri kakitangan di Pejabat Yayasan Kumbang Pasang dan di selajurkan dengan penyampaian sumbangan BKP yangtelah di sampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan – Awg Hj Musthapa bin Hj Matahir.


DSC_0005DSC_0011