Tuesday, November 24, 2009
Sunday, September 27, 2009
BKP Berhari Raya.................... meriahnye............. 24-09-09 & 26-09-09
.
Dengan di ketuai oleh YDP BKP YSHHB - Awg Ahmad Ritahudin, ahli-ahli BKP telah bedudun melanggar rumah sempena Hari Raya tahun ani. Memang sesuatu yang meriah dan siuk jika ianya di lakukan beramai-ramai................. Antara rumah-rumah yang di kunjungi adalah Rumah Pengerusi Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan, Penolong Pengarah Urusan 1, Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Kewangan dan beberapa orang ahli yang turut membuat rumah terbuka, tidak di lupakan juga adalah rumah mantan Pengarah Urusan YSHHB - Pehin OKPM DP Haji Abd Ghani dan mantan Pegawai Tugas-tugas Khas - Tuan Haji Mahmud..... semoga projek ani akan dapat di teruskan pada masa tahun-tahun yang akan datang memandangkan iyatah gaya masanya ni untuk kitani beimpun dan merapatkan lagi silaturahim.............
.
untuk mengetahui gambar keseluruhan sila klik
Monday, September 21, 2009
Sunday, September 20, 2009
Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja YSHHB (TADEKHA) membuat sumbangan Hari Raya @ KBY 19-09-2009
Sebagai salah satu aktiviti dari pihak Tabung Derma Khairat Pekerja-pekerja YSHHB yangmana memang dasar tujuan asalnya adalah untuk menjadi salah satu wadah (platform) bagi ahli-ahlinya membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan, maka atas salah satu inisiatif agar kita beroleh limpahan berlipat kali ganda di bulan Ramadhan Al-mubarak ini, TADEKHA telah membuat sumbangan berupa keperluan Hari Raya kepada beberapa orang yang terpilih bagi menerima bantuan berkenaan. Sumbangan tersebut adalah merupakan kueh-muih dan minuman bagi kegunaan sempena Hari Raya dan Wang Tunai yangmana telah di sampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan 3, Tuan Haji Mat Zahri.
.
Wednesday, September 16, 2009
BKP menyumbangkan Minuman bagi Semua Ahli sempena Hari Raya 1430H/2009M
.
Sebagai salah satu pengharaan kepada semua Ahli-ahli, Pihak Badan Kebajikan Pekerja telah berkesudian menyumbangkan satu kotak minuman kepada setiap ahlinya. Inisiatif ini juga sebagai tanda pihak Badan Kebajikan Pekerja YSHHB juga berasa kegembiraan Syawal yang bakal menjelma adalah untuk di raya kan bersama dengan penuh kesyukuran...........
Friday, September 11, 2009
Majlis Ceramah sempena memperingati Nuzul Al-Quran 1430H/2009M - 10-09-09
Sebagai aktiviti tahunan Yayasan SHHB dengan penyelangaraan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui Bahagian Keagamaan, kita telah sekali lagi menjayakan Majlis bagi memperingati Nuzul Al-Quran yang telah di diadakan di Kompleks YSHHB.
Di anggarkan seramai lebih dua ratus ahli telah menghadiri majis ini dan ternyata tempat yang disediakan tidak dapat menampungi semua ahli yang telah hadir. Adapaun menyingkap kembali isi Ceramah pada kali ini, Penceramah jemputan Ustaz Haji Anuari telah mendalami apa kah hikmah ayat-ayat suci Al-Quran mahupun beberapa bacaan dan amalan yang boleh membantu kita seharian. Sessi ceramah telah di sudahi dengan penyampaian Cendeahati kepada Pencermaha Jemputan.................
untuk menlihat keseluruhan gambar sila klik
Tuesday, August 25, 2009
GERAI RAMADHAN HARMONI @ KBY - DIBUKA
.
Kepada semua Ahli-ahli BKP YSHHB, Bahagian Ekonomi BKP YSHHB telah mengadakan penjualan kueh muih dan berbagai juadah di sepanjang Bulan Ramadhan ini, bertempat di Kawasan Plaza Tengah Kompleks Bangunan Yayasan, Marilah kitani beramai-ramai menjayakan nya ..... sebarang pertanyaan sila hubungi Ketua Bhg Ekonomi.
.
Monday, August 24, 2009
Saturday, August 22, 2009
Thursday, August 20, 2009
Sambutan Israk Mikraj dan Ceramah Awal Ramadhan @ Dewan TASKA 20-08-09
.
Melalui bahagian Keagamaan, Acara sambutan Hari-hari kebesaran Islam telah di teruskan lagi pada tahun ani dengan mengadakan Sambutan Israk Mikraj dan sessi ceramah Menjelang Awal Ramadhan bagi tahun 1430H/2009M. Alhamdullilah pada Majlis ani para ahli telah memperdengarkan ceramah yang telah di sampaikan oleh penceramah Jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah NBD - Ustaz Isham bin Hj Ismail.
Penceramah telah mengupas serba sedikit kisah yang telah di lalui oleh Baginda Nabi Muhammad Sallalah Alaihiwassalam sepanjang Baginda di Mikrajkan. Beliau juga mengupas serba sedikit keberkatan yang bakal di dapat di sepanjang bulan Ramadhan, Bulan yang penuh dengan Rahmat dan Pahala di dalamnya.
Pada Majlis ini juga di selajurkan dengan Bacaan Tahlil bagi kelurga-kelurga ahli dan penyampaian sumbangan kepada Anak-anak Yatim melalui Tabung Derma Khairat Pekerja-pekerja YSHHB yangtelah di sampaikan oleh Pengarah Urusan YSHHB.
.
Untuk Gambar Keseluruhan di Sini
Subscribe to:
Posts (Atom)























































