Saturday, July 30, 2011

Sambutan Israk Mikraj, Tahlil & Forum Menjelang Ramadhan 1432H/2011M

Sebagai satu kelaziman dan juga menjadi kegiatan tahunan, Sambutan Israk Mikraj juga sama seperti hari-hari kebesaran Islam yang lain akan tetap di raikan oleh kita Umat Islam sebagai memperingati Hari dimana mula kita di wajibkan menunaikan Sembahyang 5 waktu. Di samping kita memperingati peristiwa agung ini, persediaan bagi menghadapu Bulan Ramadhan juga tidak di lupakan.

Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui bahagian Keagamaan telah begiat aktif dalam mencari kelainan dan alternatif lain dalam sama-sama menarik lagi perhatian ahli agar sama-sama menghadirkan diri dalam Majlis-majlis anjurannya.

Pada kali ini satu Forum Khas telah di adakan, yangmana telah menjemput dua panel iaitu Ustaz Hj Noralizam bin Hj Aliakbar (Pusat Dakwah Islamiah) dan Ustazah Norizah binti Hj Abidin (Sekolah Persediaan Arab – BSB) yang dipengerusikan oleh Ustaz Muawan bin Hj Shodiq.Forum adalah berkisar mengenai pengajaran yang kita perolehi melalui Peristiwa Israk Mikraj dan juga mengenai persediaan kita bagi menghadapi Bulan Ramadhan yangmana telah di gamatkan lagi dengan perbedaan pendapat dari prespektif lelaki dan perempuan. Bagi mereka yang telah menghadirkan diri dalam Majlis ini rasanya amat berpuas hati dengan penerangan yang bersandarkan Fakta, hadis dan Tafsir Al-Quran.

Badan Kebajikan Pekerja Melalui Bahagian-bahagian di bawahnya akan terus menganjurkan kegiatan yang melibatkan penyertaan semua ahli, sokongan dan kehadiran para ahli amatlah di harapkan.

IMG_0393

IMG_0397

IMG_0398

IMG_0423

IMG_0421

IMG_0431

IMG_0443

IMG_0449

IMG_0450

IMG_0453


untuk melihat keseluruhan gambar sila klik

Monday, July 18, 2011

Sambutan Israk Mikraj, Tahlil & Forum Menjelang Ramadhan

poster israk mikraj copy

Perlawanan Persahabatan Bulu Tangkis Apr - Jun 2011


1. PERLAWANAN PERSAHABATAN BULU TANGKIS LWN PASUKAN EVE

TARIKH : 05 APRIL, 2011

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH RENDAH YSHHB

2. PERLAWANAN PERSAHABATAN BULU TANGKIS LWN MAJLIS AIDS BRUNEI

TARIKH : 27 APRIL, 2011

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH RENDAH YSHHB

3. PERLAWANAN PERSAHABATAN BULU TANGKIS LWN B MOBILE

TARIKH : 06 MEI, 2011

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH RENDAH YSHHB

4. PERLAWANAN PERSAHABATAN BULU TANGKIS LWN SUAMRIPAD

TARIKH : 30 MEI, 2011

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH RENDAH YSHHB


Di sepanjang April hingga Jun 2011, Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui Bahagian Sukan telah Berjaya mengadakan beberapa perlawanan persahabatan Bulu Tangkis, walaupun kebanyakkan kemenangan tidak berpihak kepada kita namun semangat untuk terus menghidupkan kegiatan-kegiatan sukan denim untuk sama-sama menjamin kehidupan sihat bagi kebaikan bersama haruslah mendapat pujian.

Sifat pro aktif yang di tunjukkan di Bahagian Sukan seharusnya menjadi ikutan bagi bahagian laian di Badan Kebajikan Pekerja dimana, mengadakan kegiatan walaupun sekecil mana bentuknya ianya akan pasti memberikan impak yang besar terutamanya di Bahagian Kegamaan dan Bahagian Kebajikan dan Sosial. Kita menghasratkan banyak lagi kegiatan sampingan yang akan dapat di jalankan pada masa akan datang bagi mengisikan kalendar BKP bagi sisa setengah tahun yang akan datang.

IMG_7437
IMG_7449
IMG_7453

untuk melihat gambar keseluruhan sila klik