Sebagai satu kelaziman dan juga menjadi kegiatan tahunan, Sambutan Israk Mikraj juga sama seperti hari-hari kebesaran Islam yang lain akan tetap di raikan oleh kita Umat Islam sebagai memperingati Hari dimana mula kita di wajibkan menunaikan Sembahyang 5 waktu. Di samping kita memperingati peristiwa agung ini, persediaan bagi menghadapu Bulan Ramadhan juga tidak di lupakan.
Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui bahagian Keagamaan telah begiat aktif dalam mencari kelainan dan alternatif lain dalam sama-sama menarik lagi perhatian ahli agar sama-sama menghadirkan diri dalam Majlis-majlis anjurannya.
Pada kali ini satu Forum Khas telah di adakan, yangmana telah menjemput dua panel iaitu Ustaz Hj Noralizam bin Hj Aliakbar (Pusat Dakwah Islamiah) dan Ustazah Norizah binti Hj Abidin (Sekolah Persediaan Arab – BSB) yang dipengerusikan oleh Ustaz Muawan bin Hj Shodiq.Forum adalah berkisar mengenai pengajaran yang kita perolehi melalui Peristiwa Israk Mikraj dan juga mengenai persediaan kita bagi menghadapi Bulan Ramadhan yangmana telah di gamatkan lagi dengan perbedaan pendapat dari prespektif lelaki dan perempuan. Bagi mereka yang telah menghadirkan diri dalam Majlis ini rasanya amat berpuas hati dengan penerangan yang bersandarkan Fakta, hadis dan Tafsir Al-Quran.
Badan Kebajikan Pekerja Melalui Bahagian-bahagian di bawahnya akan terus menganjurkan kegiatan yang melibatkan penyertaan semua ahli, sokongan dan kehadiran para ahli amatlah di harapkan.