Friday, February 26, 2010

Majlis Berdikir Sempena Maulidur Rasul @ Rumah Pegawai Perhubungan Awam 25-02-10


Atas jemputan dari Pegawai Perhubungan Awam & Suami bagi pihak BKP YSHHB mengadakan Majlis Dikir sempena sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallalah Alaihi Wassalam, seromobongan Ahli telah bersama-sama mengadakan Majlis tersebut yangmana mengambil tempat di rumah beliau di Kg Madang. Kegiatan yang berkebajikan ini InsyaAllah akan di pergiatkan dan di perbanyakkan lagi di masa-masa akan datang bagi sama-sama beroleh manfaat darinya.

IMG_0105
IMG_0113
IMG_0111

Thursday, February 25, 2010

Majlis Berdikir Sempena Maulidur Rasul @ Masjid Kg Tamoi 24-02-10

Bertempat di Masjid Kg Tamoi, Pasukan dikir yang mewakili Badan Kebajikan Pekerja yangmana telah di ketuai oleh Yang Dipertua BKP YSHHB telah bersama-sama memeriahkan Majlis Berdikir malam sempena Mauliddurrasul. Di Majlis ini juga melalui Badan Kebajikan Pekerja- Tabung Derma Khairat pekerja YSHHB telah menyumbangkan 1 unit blower berharga B$600.00 bagi kegunaan Majlid berkenaan yangmana telah di sampaikan oleh Pegawai Kewangan YSHHB – Amp Hj Saiful Rezal bin Amp Dato Paduka Haji Sabtu kepada wakil takmir Masjid Kg Tamoi. Seramai lebih 15 orang Ahli telah menghadiri Majlis ini.



IMG_4806


IMG_4812
IMG_4814
IMG_4824
IMG_4840
IMG_4859
IMG_4849

untuk melihat gambar keseluruhan sila klik

Sunday, February 7, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BKP YSHHB LWN ELEKTRIK 06-02-10

Kegiatan di Bahagian Sukan telah diteruskan dengan mengadakan perlawanan bulu tangkis dengan Pasukan Jabatan Elektrik Gadong yangmana berkeputusan Pasukan YSHHB telah tewas 5 perlawanan dan seri 3 perlawanan. Sungguhpun keadaan perlawanan begitu tidak seimbang memandangkan penyertaan wakil-wakil dari Pihak BKP bukanlah pasukan dan barisan pemain utama yang mempunyai banyak pengalaman. Memang terasa kerugian apabila inisiatif sebegini telah di sia-siakan oleh para ahli dan ianya amatlah di kesali. Diharapkan di masa akan datang para ahli akan lebih bersemangat untuk menyertai apa jua kegiatan anjuran Badan Kebajikan Pekerja sama ada ianya dari Bahagian Sukan mahupun yang lainnya.



_MG_3844
_MG_3835
_MG_3879
_MG_3869
_MG_3862

Sila klik bagi melihat gambar keseluruhan di sini

Tuesday, February 2, 2010

SEMINAR PERUBATAN ISLAM - 14-02-2010 @ PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BRIDEX JERUDONG.

.
Semua Ahli adalah di jemput untuk sama-sama menghadiri seminar di atas pada :

.

Hari/Tarikh :
Ahad, 14 Februari, 2010
.
Tempat :
Dewan BRIDEX, Jerudong.
.
Masa :
2.00 petang
.
Panel :
Yang Berhormat
Pehin Datu Seri Maharaja Daro Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned,
Mufti Kerajaan Brunei Darussalam
(Tajuk : Farmasi Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam)
&
Yang Berbahagia
Prof. Dato' Dr Haron Din AlHafiz
Pengasas dan Penasihat Darussyifa
Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia
(Tajuk : SIHIR : Kesannya kepada Aqidah dan bagaimana mengatasinya)
.
Bayaran :
B$30.00
(B$20.00 - di bayar oleh Ahli & B$10.00 - Subsidi dibayar oleh BKP YSHHB)
.
untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Pg Azliman Pg Hj Othman - Pejabat Kumbang Pasang
Dyg Alijah bte Hj Nayan - Pejabat Kompleks YSHHB
Dyg Rosmah bte Hj Othman - TASKA
Awg Md Dani bin Hj Jailani - Sekolah Rendah
Ustaz Haji Samsul Muawan bin Hj Shodiq - Sekolah Menengah