Friday, October 16, 2009

MESYUARAT AGONG BKP & SAMBUTAN HARI RAYA BKP YSHHB 2009 @ TASKA - 15-10-09

Badan kebajikan pekerja telah mengadakan Mesyuarat Agongnya pada 15 Oktober, 2009 dan telah menselajurkan Sambutan Hari Raya. Ianya telah di hadiri selaku Tetamu Kehormat oleh Pengarah Urusan YSHHB juga selaku penasihat BKP. Hampir 100 orang ahli telah menghadiri Mesyuarat ini.
.
Mesyuarat Agong pada sebelum ini hanya di lakukan 2 tahun sekali iaitu apabila adanya pemilihan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Pekerja YSHHB. Dan ini lah julung-julung kalinya Badan Keabajikan Pekerja Berjaya mengadakan Mesyuarat Agongnya di tengah penggal (1 tahun). Dalam mesyuarat ini semua laporan telah di bentangkan kepada ahli merangkumi dari aspek kewangan, aktiviti dan perancangan masa hadapan Badan Kebajikan Pekerja. Turut di sampaikan pada Majlis ini adalah penghargaan kepada Pencipta LOGO Badan Kebajikan Pekerja YSHHB – Awg Shahmrul Sham bin Hj Saili. Menerima cenderamata juga adalah bagi Kutipan 3 tertinggi di Projek Walkathon Hijrah yang telah lalu. Dan untuk menyerikan suasana juga hadiah telah diberikan kepada Ahli yang mempunyai penampilan berpakaian yang menarik.
.
Sungguhpun ringkas namun Alhamdullilah ianya telah Berjaya memberikan informasi yang berguna untuk di kongsikan kepada ahli. Selepas sahaja Mesyuarat di tamatkan, para ahli telah di jemput untuk menikmati jamuan dalam suasana kesederhanaan berHari Raya. Di Majlis ini juga para ahli telah dapat berinteraksi dan saling bermaafan atas kesilapan yang telah di lakukan. Semoga dengan adanya aktivti sebegini akan dapat lagi merapatkan ke akraban kita sesama ahli…..

IMG_7869
IMG_7881
IMG_7923
IMG_7929
IMG_7955
IMG_7967
IMG_7979

untuk melihat gambar lain sila klik

Monday, October 5, 2009

Majlis Tahlil - Allahyarham Dyg Hjh Rosni 03-10-09

.
Badan Kebajikan Pekerja turut berasa sedih dan ingin mengucapkan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Dyg Hjh Rosni yangmana dalam kegembiraan kita umat Islam meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, kelurga beliau telah kehilangan beliau yang dahulu menghadap Ilahi.
.
Walaupun beliau merupakan mantan ahli kita, atas rasa keperihatinan pihak BKP, satu rombongan yang diketuai oleh Yang Dipertua sendiri telah berkunjung ke rumah Allahyarham yangmana kita telah mengadakan Tahlil dan diselajurkan menyampaikan Sumbangan dari Tabung Derma Khairat. Hanya Doa dari pihak BKP semoga beliau di tempatkan di kalangan insan-insan yang Soleh..... Amin
.

IMG_6742
IMG_6746
IMG_6753IMG_6754
IMG_6756 Untuk gambar penuh sila klik