Friday, January 8, 2010

Sambutan Awal Tahun Hijrah dan Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan BKP YSHHB @ SekolahYSHHB 07-01-10

Badan Kebajikan Pekerja melalui Bahagian Keagamaan telah menganjurkan Majlis bagi meraikan Hari-hari kebesaran Islam, sebagai salah satu kegiatan tahunannya adalah Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah bagi tahun 1431. Majlis ini juga di selajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB.Hadir selaku tetamu kehormat adalah Pengarah Urusan YSHHB.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB yang di ketuai oleh : Ustaz Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah YSHHB.

Selesai bacaan Ratib dan Doa Selamat, Majlis di teruskan lagi dengan Nadwah (Forum) Khas Awal Tahun Baru Hijrah yang mana akan di pengerusikan oleh : Awg Haji Ali bin Haji Aji dan panel jemputan : Dr Ustaz Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah, Penceramah Pusat Dakwah Islamiah

Majlis petang ini di tutup dengan Bacaan Doa Selamat yang di bacakan oleh Ustaz Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah YSHHB.

Di sebalik tabir penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB

Badan Kebajikan Pekerja YSHHB (BKP YSHHB) telahpun di tubuhkan 10 tahun lalu pada 01 Januari, 2000 yangmana ianya telah di Asaskan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB yangmana Yang Berhormat Pehin pada masa itu masih memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan YSHHB. Adapun tujuan penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB ini adalah sebagai wadah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal dan juga dengan lain-lain organisasi di samping menanamkan sikap bantu membantu dan bekerjasama di antara semua pekerja Yayasan. Ianya juga adalah sebagai organisasi yang akan menggalakkan dan meningkatkan penglibatan ahli-ahli Badan dalam Aktiviti-aktiviti Keagamaan, Kebajikan & Sosial, Sukan dan Ekonomi. Keramaian Ahli sehingga kini adalah 254 orang ahli.



_MG_3217
_MG_3224
_MG_3222
_MG_3270
_MG_3268
_MG_3278
_MG_3283
_MG_3287
_MG_3290

Keseluruhan Gambar di Sini