Sunday, January 24, 2010

Malam Penghargaan Pekerja-pekerja YSHHB @ Manggis Mall 23-01-2010 - Meriah dan meninggalkan Sejuta kenangan Manis..........

.
Alhamdullilah, setelah di rancang lebih dari setahun akhirnya kita telah berjaya mengadakan Malam Penghargaan Pekerja-pekerja YSHHB yang telah di adakan di Manggis Ballroom, Manggis Hua Ho Mall pada 23-01-2010 dengan penuh gilang gemilang dan sudah setentunya meninggalkan sejuta kenangan Manis........
.
Terasa amat di hargai oleh Yayasan SHHB, itulah yang terpahat dalam sanubari setiap pekerja yang telah hadir pada malam itu, turut sama hadir selaku tetamu kehormat pada malam Penghargaan ini adalah YB Pehin Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB - Pehin OKSK DSS Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
.
Malam itu juga diselajurkan dengan sambutan 10 Tahun penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB yangmana Tetamu Kehormat telah di berikan penghormatan selaku Pengasas penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB untuk memotong kek Ulangtahun ke 10 Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB. dan beliau juga turut menyampaikan plak penghargaan kepada pesara-pesara dari YSHHB yang juga turut di raikan sebagai mengenang jasa-jasa mereka di YSHHB.
.
Malam penghargaan ini telah di isikan dengan hiburan dari bentuk persembahan Nyanyian dan Tarian dari pihak DKS Culture Group dan juga persembahan lawak jenaka dari Dyg Kasum & The Geng....... diselitkan juga bacaan Syair tulisan Ibnirahim dan sessi 'gameshow' juga di adakan yangmana beberapa pekerja telah di kehendaki membuat lakonan, tarian malahan ada yang di suruh bersyair ....... memang 'supporting' lah 'staff' kitani ani ...... Kejutan pada penghujung Majlis ani adalah kemunculan Penyanyi yang tengah 'Ngetop' di Brunei - Maria yangmana telah mengamatkan suasana dimana beliau tiba-tiba saja muncul dari belakang Dewan........ akan tetapi kejutan ini juga telah di balas dengan kemunculan model dalam video clip beliau untuk memberikan beliau jambangan bunga............. hahaha memang 'Gaplah' suasana.........
.
Sebagai buah tangan bagi semua pekerja, setiap pekerja telah di berikan Hadiah berbentuk buah tangan mengikut 'seniority' masing-masing berkhidmat di YSHHB. sebagai bonus cabutan nombor bertuah juga telah di adakan ..... tahniah kepada yang telah memenangi hadiah nombor bertuah......... sioknye......
.
Sebagai 'Grand Finale' ialah pengumuman Raja dan Ratu Batik di mana telah di menangi oleh Ak Hani Sayuti (Raja Batik) dan Dyg Amalina Hj Lamit (Ratu Batik)....... dan bagi Grand 'lucky draw' telah di menangi oleh Awg Sadri.......... memenangi LCD TV Sony 32"........
.
Kesimpulannya malam itu adalah malam Penuh dengan kenangan dan akan menjadi kenangan kepada semua kakitangan yang berkhidmat di YSHHB agar lebih bersemangat memberikan komitmen kepada YSHHB........ Terima Kasih YSHHB atas kesudian mengenang jasa kami, Terima Kasih Badan Kebajikan atas kejayaan menganjurkan Majlis ini dan Terima Kasih kepada tulang belakang Majlis ini iaitu Ahli-ahli Jawatankuasa yang telah berhempas pulas demi untuk sama-sama mempastikan kejayaaan Majlis ini........... Alhamdullilah........
.
Gambar kenangan malam penghargaan.......................sila klik