Wednesday, March 18, 2009

Majlis Sambutan Maulidurasul SallalahAlaihiWassalam BKP 17-03-09

.
Rabiulawal datang lagi, bulan yang di dalamnya telah mencatatkan sejarah lahirnya seorang insan yang membawa rahmat ke seluruh alam.... Menjelang 12 Rabiulawal pada setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia dan tidak ketinggalan di negara Brunei Darussalam akan mengadakan majlis memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Pada hari ini, Selasa, 20 Rabiulawal 1430H bersamaan 17hb Mac 2009M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul Sallallahu ’Alaihi Wassalam Tahun 1430H/2009M. Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan Yayasan dalam meraikan hari-hari kebesaran Islam.
.
Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan doa Arwah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
.
Pada majlis kali ini aturcara utama ialah persembahan Dikir oleh ahli-ahli Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB). Dimana sebanyak 2 buah Dikir Syarafil Anam dan 2 buah Dikir Diba’ie telah dibawakan oleh ahli-ahli BKPYSHHB. Bagi mengakhiri dan memberkati majlis sambutan tersebut bacaan Doa Dikir dan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
.
Hadir dimajlis ini ialah Yang Mulia Pengarah Urusan Yayasan, Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru dari Taman Asuhan Kanak-Kanak, Sekolah Rendah dan Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
.
BKP Maulud Nabi  0019
BKP Maulud Nabi  0012
BKP Maulud Nabi  0024
BKP Maulud Nabi  0042
.
gambar keseluruhan di Sini