Sunday, October 17, 2010

Perlawanan 2 Wilayah (Badminton) - Wakil Pejabat tenggelam di halaman Sekolah


Perlawanan Tradisi yang sebelum ini telah di kenali dengan gelaran perlawanan 3 Wilayah (Perlawanan antara 3 Kawasan YSHHB iaitu Sekolah, Pejabat Kumbang Pasang dan Pejabat Kompleks YSHHB) kini telah di hidupkan semula dengan kelolaan dari Bahagian Sukan, namun format telah di tukar sedikit memandangkan selepasa beberapa tahun, pertambahan kakitangan dari pihak sekolahtelah naik secara mendadak yang memaksa 2 Kelompok Pejabat (Kumbang Pasang dan Kompleks) telah di satukan menjadi stau pasukan bagi menghadapi Wakil dari pihak Sekolah. Bukannya hendak membeza-bezakan antara Kakitangan malahan ianya bertujuan untuk menyatukan dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara sama Pegawai dan Kakitangan yang di tempatkan di Sekolah YSHHB (Taska, SR & SM) dan Pejabat YSHHB (KP dan KBY).

Masih jauh ketinggalan...adakah itu ukuran?, itulah yang dapat saya andaikan, Pasukan Sekolah telah membelasah pasukan Pejabat dengan 10 kemenangan berbanding hanya 3 kemenangan di pihak Pejabat. Maju atau mundur sebenarnya bukan lah ukuran, berjaya bagi mengumpulkan pemain untuk mewakili pasukan masing-masing sebenarnya adalah satu kejayaan dan menunjukkan Badan Kebajikan Pekerja masih lagi relevan dan masih lagi di perlukan kewujudannya dalam mengisikan masa-masa Pegawai dan Kakitangan YSHHB. apa pun keputusan malam ini hanyalah satu perkiraan yang nampak sedangkan faedah yang lebih besar telah kita sama-sama nikmati selama ini dengan hasil dari kita bersatu dalam mengendalikan apa jua aktivti mahupun besar atau pun kecil....

Sessi Perlawanan 2 wilayah akan diteruskan dengan sukan yang lain iaitu Bolasepak dan Bola Jaring.... stay tuned...

IMG_5414
IMG_5488
IMG_5439
IMG_5431
IMG_5470
IMG_5455
IMG_5467
IMG_5480

Untuk menyaksikan keseluruhan perlawanan sila klik