Friday, November 19, 2010

Majlis Ibadah Qurban 1431H @ Kumbang Pasang 17-11-10


Walaupun Hari Kelepasan Awam, Ahli Jawatankuasa BKP bagi Majlis Qurban 1431H anjuran Badan Kebajikan Pekerja YSHHB telah men"Qurban" kan masa cuti awam mereka bagi menjalankan tugas mengurus dan memantau proses penyembelihan yang di jalankan di Pusat Penyembelihan Mulaut, Seawal Jam 9 malam kami telah bersedia di situ walaupun kerja-kerja penyembelihan hanya di jalan kan pada jam 11.30 malam dan telah pun berakhir jam 1.00 pagi.

Di keesokkan paginya, seawal jam 6 pagi para Ahli Jawatankuasa sekali lagi di tugaskan bagi membuat pemungahan dari Pusat Penyembelihan untuk di bawa ke Pejabat Yayasan Jalan Kumbang Pasang. Tugas-tugas ini sebenarnya tidak di ketahui oleh ramai pihak yang menyertai projek ini malahan hanya segelintir sahaja yang mahu tahu bertapa besar dan beratnya kerja-kerja para Ahli Jawatankuasa ini walaupun mereka tidak menerima apa-apa bayaran kerana berkerja di luar masa berkerja. Ini lah pendekatan saya pada tahun ini agar semua Ahli BKP YSHHB tahu bahawa pihak pengurusan BKP dan Ahli-ahli Jawatankuasa adalah tidak berkira dalam mempastikan apa jua Projek dan Perancangan BKP akan sentiasa berjalan dengan lancar dan teratur.

Kerja-kerja pemungahan daging-daging Qurban yang terdiri dari 6 ekor kerbau dan 1 ekor sapi beserta 7 ekor kambing telah di mulakan pada jam 9 pagi. Riuh rendah lah suasana di persekitaran pejabat : ada yang memotong-motong organ binatang Qurban untuk di bahagikan mengikut sifir yang telah di tetapkan, ada yang menghitung-hitung pembahagian dan ada juga yang mengasingkan antara tulang dan isi... memang beraneka pemandangan yang boleh kita saksikan.... proses pengasingan dan pembungkusan selesai dalam jam 10.30 pagi dan semua daging-daging Qurban telah di simpan semula di Lori Peti Ais yang di sewa khas dan ada separuhnya di simpan di Pejabat yang berhawa dingin.

Majlis Penyampaian Daging-daging Qurban telah di mulakan pada jam 2.15 petang yang telah di hadiri oleh YB Pehin Pengerusi Lembaga Pengarah selaku Tetamu Kehormat pada petang ini, dalam Majlis ini juga turut di susupkan adalah penyampaian Sumbangan-sumbangan YSHHB kepada Pusat Ehsan Al Ameerah Al Hajah Mariam, SMARTER Brunei, Institut Perubatan UBD, AJK Tertinggi MIB dan Pusat Penyelidikan Pengajian Brunei. Kemudian ianya di selajurkan dengan penyampaian daging-daging Qurban kepada para peserta yang menyertai pada tahun ini. Tabung Derma Khairat juga turut membuat sumbangan tahunannya kepada Dana PMMAMB sebanyak BND500.00 sebagai amal dari ahli-ahlinya.

Pada Tahun hadapan, Projek ini masih lagi tetap di teruskan dan pemotongan gaji akan di mulakan pada bulan Disember 2010 hingga September 2011 (selama 10 bulan) dengan kos BND320.00 bagi Kerbau/Sapi dan BND420.00 bagi Kambing dan boleh berhubung dengan Pg Azliman bin Pg Hj Othman (Pejabat Kumbang Pasang), Dyg Lailawati bte Hj Thabit (Kompleks Bangunan YSHHB), Ustaz Haji Shamsul Muawan bin Haji Shodiq (Sekolah Menengah YSHHB), Awg Mohd Dani bin Hj Jailani (Sekolah Rendah YSHHB) & Dyg Rosmah bte Hj Othman (TASKA YSHHB). Semoga segala amalan dan niat baik kita akan di berkati dan di berikan limpahan rahmat bagi bekalan kita menuju ke alam Ahkirat. Amin.....

IMG_8195
IMG_8148
IMG_8151
IMG_8164
IMG_8168
IMG_8189
IMG_8201
IMG_8225
IMG_8240
IMG_8250
IMG_8273
IMG_8270
IMG_8288
IMG_8303
IMG_8322
IMG_8345
IMG_8365
IMG_8371
IMG_8388

untuk meyaksikan keseluruhan gambar sila klik