Thursday, November 11, 2010

"Anak Siapa Kan Tu?" - Ceramah Kemahiran Keibubapa (Parenting Skill) @ KBY 10-11-10


"Anak Siapakan Tu?" ungkapan sebagai pembuka ceramah mengenai dengan kemahiran ibubapa yang telah di sampaikan oleh Penceramah Jemputan kita yang juga tidak asing lagi bagi kita di Yayasan memandangakn beliau juga adalah sealah seorang "orang kuat" di Projek Intervention Pendidikan PIP - Cikgu Haji Ali Yusri bin Hj Gapor. Ungkapan yang sering merujuk kepada indung kepada apa jua yang di lakukan si anak sama ada baik mahupun buruk.

Beliau telah berjaya membuat semua pegawai dan kakitangan seakan di pakukan di kerusi masing-masing dan boleh di katakan amat lah rugi bagi mereka yang terlalu "karit" untuk meluangkan sedikit masa bagi mendengarkan Ceramah yang bagi saya bukan saja amat berguna malahan ianya juga penuh dengan cerita-cerita pahit manis yang boleh di jadikan bekalan dalam menjalani hidup sebagai Ahli keluarga - iaitu sebagai seorang ibubapa kepada anak mahupun peranan menjadi sebagai seorang anak kepada ibubapa.

Saya ambil sedikit sinopsis Cerita sedih ceramah beliau - mengenai cerita seorang indung bini yang sanggup berjalan kaki dari Kg Sengkurong ke Penjara Meraburong dengan hanya bertujuan menziarahi anaknya yang di penjarakan di situ. Anak nya bersalah atas kesalahan mencederakan ibunya. Namun satu keajaibannya adalah sewaktu penceramah membawa si indung bini ini balik kerumahnya, tidak ada sedikit pun cerita buruk mengenai anaknya walaupun si anak telah bertindak derhaka kepadanya.... malahan sewaktu penceramah melihat si ibu tadi semasa melawat anaknya, beliau telah menyuapkan makanan ke mulut anaknya... bertapa besarnya kehebatan seorang ibu...... rata-rata semua kami terdiam mendengarkan cerita berkenaan...

Kemudian, penceramah mampu juga membawa perhatian para yang hadir kealam ketawa bilamana beliau menceritakan perihal kehidupan kita seharian yang memangnya betul dan selalu kita telepas pandang, seperti cerita pembantu rumah dan majikan ketika menukar lampu... dan juga kisah-kisah hidup beliau yang amat berguna untuk di jadikan pengajaran....

Kesimpulan dan faedah dari ceramah ini, saya anggap amatlah perlu jika di buat lagi sessi seterusnya memandangkan permasalahan keluarga adalah satu tajuk yang amat luas untuk di kupas satu persatu dan ceramah ini juga adalah sebagai pembuka minda kita selain asyik memikirkan kerja sahaja.....

IMG_7940
IMG_7957
IMG_7963
IMG_7979
IMG_7986

untuk melihat gambar keseluruhan sila klik