Wednesday, January 12, 2011

Sambutan Awal Tahun Baru Hijiriah 1432 @ KBY - 11-01-2011

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan Kelolaan Badan Kebajikan Pekerja melalui Bahagian Keagamaan telah menganjurkan Majlis bagi meraikan Hari-hari kebesaran Islam, sebagai salah satu kegiatan tahunannya adalah Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah bagi tahun 1432H.

Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah ini di isikan dengan Forum Khas Awal Tahun Baru Hijrah yang bertajuk : “Hijrah berubah ke Arah Kecemerlangan” yangmana akan di pengerusikan oleh : Ustaz Haji Shamsul Muawan bin Hj Shodiq – Guru Sekolah Menengah YSHHB dan Panel Jemputan : Awg Hj Jufri bin Hj Hidup - Pegawai Hal Ehwal Masjid & Cikgu Ali Yusri bin Hj Gafor - Bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja.

Antara pengisian dalam Forum ini telah mengupas kembali kisah Penghijrahan Nabi Muhammad SalAllahalaihiWasalam dan apakah pengajaran dan ikhtibar yang boleh kita pelajari daripadanya. Selain dari kisah penghijrahan, panel juga telah mengaitkan mengenai Berhijrah keArah Kecemerlangan dan telah menyentuh kepada situasi semasa dimana peranan setiap individu yang menjadi Pemimpin dan juga sebagai orang bawahan yang memerlukan keikhlasan dan sifat muhasabah diri dalam menuju hijrah yang sebenar iaitu kearah Kecemerlangan yang bukan sahaja bagi Kepentingan peribadi mahupun Kepentingan Organisasi.

Seramai 150 orang Ahli Badan Kebajikan Pekerja termasuk, Penolong-penolong Pengarah Urusan, Pegawai, Guru-guru dan Kakitangan YSHHB telah menghadirkan diri untuk memperdengarkan Forum ini.

Majlis petang ini di tutup dengan Bacaan Doa Selamat yang di bacakan oleh Ustaz Muawan bin Haji Shodiq, Guru Sekolah Menengah YSHHB.

Tetamu Kehormat dan para Ahli
Pengerusi dan Ahli Panel Forum
Ustaz Hj Jufri bin Hj Hidup - Panel Forum
Ustaz Hj Shamsul Muawan - Pengerusi
Cikgu Ali Yusri bin Hj Gafor - Panel Forum
IMG_4526
IMG_4515Sessi Soal Jawab
Penyampaian Cenderahati oleh Tetamu Kehormat kepada Ahli Panel Ustaz Hj Jufri
Penyampaian Cenderahati oleh Tetamu Kehormat kepada Ahli Panel Cikgu Ali Yusri
Penyampaian Cenderahati oleh Tetamu Kehormat kepada Pengerusi Forum Ustaz Hj Sahmsul Muawan

No comments: