Tuesday, February 2, 2010

SEMINAR PERUBATAN ISLAM - 14-02-2010 @ PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BRIDEX JERUDONG.

.
Semua Ahli adalah di jemput untuk sama-sama menghadiri seminar di atas pada :

.

Hari/Tarikh :
Ahad, 14 Februari, 2010
.
Tempat :
Dewan BRIDEX, Jerudong.
.
Masa :
2.00 petang
.
Panel :
Yang Berhormat
Pehin Datu Seri Maharaja Daro Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned,
Mufti Kerajaan Brunei Darussalam
(Tajuk : Farmasi Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam)
&
Yang Berbahagia
Prof. Dato' Dr Haron Din AlHafiz
Pengasas dan Penasihat Darussyifa
Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia
(Tajuk : SIHIR : Kesannya kepada Aqidah dan bagaimana mengatasinya)
.
Bayaran :
B$30.00
(B$20.00 - di bayar oleh Ahli & B$10.00 - Subsidi dibayar oleh BKP YSHHB)
.
untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Pg Azliman Pg Hj Othman - Pejabat Kumbang Pasang
Dyg Alijah bte Hj Nayan - Pejabat Kompleks YSHHB
Dyg Rosmah bte Hj Othman - TASKA
Awg Md Dani bin Hj Jailani - Sekolah Rendah
Ustaz Haji Samsul Muawan bin Hj Shodiq - Sekolah Menengah

Sunday, January 24, 2010

Malam Penghargaan Pekerja-pekerja YSHHB @ Manggis Mall 23-01-2010 - Meriah dan meninggalkan Sejuta kenangan Manis..........

.
Alhamdullilah, setelah di rancang lebih dari setahun akhirnya kita telah berjaya mengadakan Malam Penghargaan Pekerja-pekerja YSHHB yang telah di adakan di Manggis Ballroom, Manggis Hua Ho Mall pada 23-01-2010 dengan penuh gilang gemilang dan sudah setentunya meninggalkan sejuta kenangan Manis........
.
Terasa amat di hargai oleh Yayasan SHHB, itulah yang terpahat dalam sanubari setiap pekerja yang telah hadir pada malam itu, turut sama hadir selaku tetamu kehormat pada malam Penghargaan ini adalah YB Pehin Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB - Pehin OKSK DSS Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
.
Malam itu juga diselajurkan dengan sambutan 10 Tahun penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB yangmana Tetamu Kehormat telah di berikan penghormatan selaku Pengasas penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB untuk memotong kek Ulangtahun ke 10 Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB. dan beliau juga turut menyampaikan plak penghargaan kepada pesara-pesara dari YSHHB yang juga turut di raikan sebagai mengenang jasa-jasa mereka di YSHHB.
.
Malam penghargaan ini telah di isikan dengan hiburan dari bentuk persembahan Nyanyian dan Tarian dari pihak DKS Culture Group dan juga persembahan lawak jenaka dari Dyg Kasum & The Geng....... diselitkan juga bacaan Syair tulisan Ibnirahim dan sessi 'gameshow' juga di adakan yangmana beberapa pekerja telah di kehendaki membuat lakonan, tarian malahan ada yang di suruh bersyair ....... memang 'supporting' lah 'staff' kitani ani ...... Kejutan pada penghujung Majlis ani adalah kemunculan Penyanyi yang tengah 'Ngetop' di Brunei - Maria yangmana telah mengamatkan suasana dimana beliau tiba-tiba saja muncul dari belakang Dewan........ akan tetapi kejutan ini juga telah di balas dengan kemunculan model dalam video clip beliau untuk memberikan beliau jambangan bunga............. hahaha memang 'Gaplah' suasana.........
.
Sebagai buah tangan bagi semua pekerja, setiap pekerja telah di berikan Hadiah berbentuk buah tangan mengikut 'seniority' masing-masing berkhidmat di YSHHB. sebagai bonus cabutan nombor bertuah juga telah di adakan ..... tahniah kepada yang telah memenangi hadiah nombor bertuah......... sioknye......
.
Sebagai 'Grand Finale' ialah pengumuman Raja dan Ratu Batik di mana telah di menangi oleh Ak Hani Sayuti (Raja Batik) dan Dyg Amalina Hj Lamit (Ratu Batik)....... dan bagi Grand 'lucky draw' telah di menangi oleh Awg Sadri.......... memenangi LCD TV Sony 32"........
.
Kesimpulannya malam itu adalah malam Penuh dengan kenangan dan akan menjadi kenangan kepada semua kakitangan yang berkhidmat di YSHHB agar lebih bersemangat memberikan komitmen kepada YSHHB........ Terima Kasih YSHHB atas kesudian mengenang jasa kami, Terima Kasih Badan Kebajikan atas kejayaan menganjurkan Majlis ini dan Terima Kasih kepada tulang belakang Majlis ini iaitu Ahli-ahli Jawatankuasa yang telah berhempas pulas demi untuk sama-sama mempastikan kejayaaan Majlis ini........... Alhamdullilah........
.
Gambar kenangan malam penghargaan.......................sila klik

Friday, January 22, 2010

Majlis Tahlil - Ibu kepada Awg Hj Khamis & Ayah kepada Awg Amri HMS @ KBY 22-01-10



Turut mengadakan Majlis Tahlil bagi keluarga ahli telah di adakan di Kompleks Banguna Yayasan bagi ibu kepada Awg Hj Khamis dan Ayah kepada Awg Amri HMS yangmana telah di ketuai oleh YDP Awg Ahmad Ritahudin bin Hj Sabtu. Sumbangan BKP telah di sampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan 3 – Awg Hj Mat Zahri Hj Yusof




IMG_1924IMG_1937IMG_1943



keseluruhan gambar sila klik

Tuesday, January 12, 2010

Friday, January 8, 2010

Sambutan Awal Tahun Hijrah dan Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan BKP YSHHB @ SekolahYSHHB 07-01-10

Badan Kebajikan Pekerja melalui Bahagian Keagamaan telah menganjurkan Majlis bagi meraikan Hari-hari kebesaran Islam, sebagai salah satu kegiatan tahunannya adalah Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah bagi tahun 1431. Majlis ini juga di selajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB.Hadir selaku tetamu kehormat adalah Pengarah Urusan YSHHB.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB yang di ketuai oleh : Ustaz Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah YSHHB.

Selesai bacaan Ratib dan Doa Selamat, Majlis di teruskan lagi dengan Nadwah (Forum) Khas Awal Tahun Baru Hijrah yang mana akan di pengerusikan oleh : Awg Haji Ali bin Haji Aji dan panel jemputan : Dr Ustaz Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah, Penceramah Pusat Dakwah Islamiah

Majlis petang ini di tutup dengan Bacaan Doa Selamat yang di bacakan oleh Ustaz Muawan bin Haji Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah YSHHB.

Di sebalik tabir penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB

Badan Kebajikan Pekerja YSHHB (BKP YSHHB) telahpun di tubuhkan 10 tahun lalu pada 01 Januari, 2000 yangmana ianya telah di Asaskan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB yangmana Yang Berhormat Pehin pada masa itu masih memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan YSHHB. Adapun tujuan penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB ini adalah sebagai wadah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal dan juga dengan lain-lain organisasi di samping menanamkan sikap bantu membantu dan bekerjasama di antara semua pekerja Yayasan. Ianya juga adalah sebagai organisasi yang akan menggalakkan dan meningkatkan penglibatan ahli-ahli Badan dalam Aktiviti-aktiviti Keagamaan, Kebajikan & Sosial, Sukan dan Ekonomi. Keramaian Ahli sehingga kini adalah 254 orang ahli.



_MG_3217
_MG_3224
_MG_3222
_MG_3270
_MG_3268
_MG_3278
_MG_3283
_MG_3287
_MG_3290

Keseluruhan Gambar di Sini

Thursday, January 7, 2010

Majlis Tahlil - Ibu kepada Awg Bahrin bin Abd Rahim 06-01-10


Sebagai pemeduli kesusahan dan berkongsi kesedihan dengan para ahli, BKP YSHHB melalui Bhg Keagamaan telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi ibu kepada Awg Bahrin bin Hj Abd Rahim bertempat di Pejabat Yayasan Kumbang Pasang. Majlis telah di hadiri kakitangan di Pejabat Yayasan Kumbang Pasang dan di selajurkan dengan penyampaian sumbangan BKP yangtelah di sampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan – Awg Hj Musthapa bin Hj Matahir.


DSC_0005DSC_0011

Thursday, December 17, 2009

Friday, December 4, 2009

YSHHB melancarkan Laman Web Rasmi @ KBY 05-12-09

.
Sempena Majlis bagi pengharaan media, pihak Yayasan SHHB (selaku indung) kepada Badan Kabjikan Pekerja YSHHB telahpun berjaya melancarkan Laman Web Rasminya yangmana ianya telah pun di lancarkan oleh Tetamu kehormat yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Tahniah di ucapkan kerana telah berjaya mengunkayahkan projek ani dan 'link' bagi memasuki Blog BKP YSHHB juga telah di simpan dalam web berkenaan.... untuk melayari Website YSHHB silalah ke : http://www.yshhb.org.bn/ ataupun menekan ikon di sebelah kanan Blog ani.......

website YSHHBIMG_0761IMG_0765IMG_0787

untuk meninjau apakah yang berlaku di sepanjang pelancaran sila klik

Tuesday, December 1, 2009

Majlis Sambutan Aidiladha dan Ibadah Qurban 1430H/2009M @ Sekolah Yayasan 30-11-09

.
Alhamdullilah buat sekian kalinya Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui Bahagian Keagamaan telah berjaya melaksanakan Majlis Ibadaha Qurban bagi ahli-ahlinya yangmana juga di selajurkan sebagai sambutan Hari Raya Qurban. Sebanyak 7 ekor Kerbau 1 ekor Sapt dan 10 ekor kambing telah disembelih sempena Majlis ani. Satu perkembangan yang sihat dari tahun ke tahun dari segi penyertaan dapat kita saksikan yangmana para ahli berasa amat selesa dengan adanya kaedah pembayaran yang berbagai tatacara iaitu melalui Tunai ataupun Potongan Gaji dari awal tahun lagi.
.
Di Majlis ani jua di selajurkan dengan beberapa Majlis Sumbangan dari Yayasan kepada pertubuhan-pertubuhan dan persatuan NGO iaitu : SMARTER, Pusat Ehsan, Persatuan Sejarah Brunei dan juga Asterawani. Turut membuat sumbangan pada Majlis ani juga ialah Tabung Derma Khairat Pekerja-pekerja YSHHB yang menyumbangkan B$500.00 kepada Dana PMMAMB dan B$1,000.00 bagi pembinaan Masjid Kg Manggis dan Madang.
.
Pada Majlis ani juga turut hadir selaku Tetamu Kehormat adalah YB Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud yang juga berkesudian menyampaikan daging-daging Qurban kepada para peserta, Pada tahun ani seramai 63 penyertaan telah di terima dan angka ini dijangka akan meningkat lagi pada tahun hadapan.
.
Penyertaan bagi Majlis Ibadah Qurban/Aqiqah bagi tahun 1431H/2010M juga telah di bukakan sehingga 05 Disember 2009. Harga bagi Kerbau ataupun Sapi adalah B$300.00 dan B$420.00 bagi kambing. tempoh potongan gaji adalah selama 10 bulan dari Disember 2009 - September 2010.

IMG_0163
IMG_0159
IMG_0144
IMG_0194
IMG_0269
IMG_0273
IMG_0350
IMG_0388
IMG_0422
IMG_0463
IMG_0496

untuk melihat keseluruhan gambar sila klik