Monday, June 28, 2010

Rihlah Keluarga @ Pantai Muara - 27-06-2010 - Ringkas dan Meriah

.
Bagi menutup kegiatan bagi sessi pengal 2008-2010 dari Bahagian Kebajikan dan Sosial, Rihlah Keluarga ataupun Hari Keluarga telah di anjurkan di Pantai Muara yangmana telah di mulakan dari Tengahari. Seramai lebih kurang 50 orang ahli telah menghadirkan diri dan berhibur dengan sessi 'telematch' yang di anjurkan secara usahasama dengan Bahagian sukan. Gameshow seperti 'Putus Nyambung', berlari membawa bola pingpong dalam sudu, membawa bola pingpong dengan jari telunjuk dan yang paling meriah adalah perlawanan kaki 3.
.
Disamping permainan, makanan ala BBQ juga di hidangkan dan amatlah rugi bagi mereka yang tidak menghadirkan diri............ dan rasanya semua pun merasa selesa dan santai dengan hidangan-hidangan yang begitu ringkas dan padat.
.
Kegiatan sebegini memanglah perlu bagi mengeratkan ahli bersama keluarga ahli memandangkan kebanyakan aktiviti kita hanya melibatkan ahli sahaja, waktu sebegini lah perlu di jadikan sebagai landasan untuk kita mengetahui siapakah ahli keluarga rakan sekerja kita dan sambil itu mengeratkan hubungan dengan bermain bersama...........
.
Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Rihlah keluarga ini terutama Ketua Bhg Kebajikan dan Sosial, Ketua Bhg Sukan, Tukang Salai Ayam & Kambing, Tukang Sokong, Tukang Tiup Wisel, Tukang Makan dan Tukang Tapau..... hahaha U all are The Best......
.

IMG_9362IMG_5208IMG_9243IMG_9256IMG_9344
IMG_9353

untuk menyaksikan keseluruhan kegembiraan sila klik