Tuesday, June 29, 2010

Anbarah menamatkan Perlawanan dengan Penuh Bergaya...........

.
Setelah lebih seminggu pertarungan antara penyokong dan pemain di jalankan di Dewan Sekolah Rendah YSHHB, akhirnya Perlawanan Bulu Tangkis telah melabuhkan tirainya dengan berkesudahan rumah ANBARAH telah menjadi Juara keseluruhan dengan di ikuti rumah MABROOM, KHUDRI dan SAFAWI. Dewan Sekolah Rendah YSHHB akan mula sunyi dari keriuhan penyokong-penyokong setiap rumah yang tidak kendur-kendurnya menyokong demi memberikan semangat kepada rumah masing-masing, semuanya di lakukan sebagai penyuntik dan perang Psikologi bagi pemain mereka kepada pemain lawan.
.
Alhamdullilah, dengan adanya perlawanan seperti ini, setiap pasukan telah cuba 'mengakas' pemain-pemain yang berbakat dari seluruh pelusuk Yayasan bagi menguatkan jentera pasukan mereka, dan beberapa pemain yang berbakat telah dapat di temui dan di ketengahkan kebolehan mereka. Memang tidak di nafikan ada di antara pemain ani baru-baruan jua kan turun bemain Badminton jauh sekali lagi menjadi wakil pasukan, akan tetapi dengan semangat dan dorongan sesama Ahli Alhamdullilah semua ani bagai satu sahutan cabaran kepada setiap individu pemain untuk memberikan yang terbaik dari diri mereka. Di samping pencarian bakat baru, perlawanan ani juga dapat menarik semula pemain lama yang sememangnya berbakat dan berpengalaman untuk turun bermain menguatkan jentera pasukan masing-masing.
.
Mungkin ada yang tertanya-tanya dan masih musykil apakah relevan nya bagi kitani mengadakan perlawanan seperti ini. Bagi mereka yang berada dalam pasukan mugkin sudah mengetahui apakah rasanya berkerja dalam satu pasukan, bagi mereka yang belum mengetahui, mungkin kita akan dapat mengkongsikan faedah yang dapat diperolehi, dari Perlawanan antara rumah-rumah ani, masa cemani tah kitani akan dapat belajar ertinya pasukan, ertinya setiakawan, ertinya perjuangan dan yang penting tali silaturahim yang bertambah erat antara sesama ahli. Terus terang bagi saya sendiri pembahagian rumah-rumah bagi setiap ahli masih relevan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara ahli dan ani juga adalah berbalik semula kepada dasar tujuan asal penubuhan Badan Kebajikan Pekerja ani di diadakan......
.
Sekalung Tahniah di ucapkan kepada Ketua Bahagian Sukan dan Ahli-ahlinya yang mempunyai keberanian bagi menganjurkan kejohanan yang besar seperti ini, walaupun ianya hanyalah Perlawanan antara rumah-rumah namun ianya memerlukan banyak usaha demi mempastikan kejayaannya. Kepada setiap pasukan juga di ucapkan tahniah kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, begitu juga kepada setiap Penyokong yang secara sedar atau tidak juga menjadi penyumbang dan faktor kemenangan pasukan. Semoga di penggal akan datang kegiatan sebegini akan tetap di teruskan InsyaAllah.......... Aminnnnnn
.

IMG_9435

Barisan pemain & Penyokong Rumah Anbarah...........

IMG_9457

Kemerihan meraikan kemenangan............. ANBARAH

No comments: