Tuesday, March 1, 2011

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALALLAHALAIHIWASSALAM @ DEWAN KULIAH SEKOLAH MENENGAH 28-02-11

Merupakan keraian bagi membesarkan hari-hari kebesaran Islam, Yayasan SHHB dengan kelolaan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui Bahagian Keagamaan telah meneruskan aktiviti berkebajikan ini yang telah di adakan di Dewan Kuliah Sekolah Menengah YSHHB. Majlis yang telah di hadiri oleh Pengarah Urusan dan Penolong-penolong Pengarah Urusan YSHHB ini juga melibatkan para ahli yang beragama Islam dan yang bukan Islam.

Majlis telah di mulakan dengan bacaan Zanji yang di sampaikan oleh Ustaz Samsul Muawan bin Hj Shodiq dan kemudiannya di ikuti dengan Ceramah yang telah di sampaikan oleh Penceramah yang tidak asing lagi bagi YSHHB sendiri, iaitu Yang Mulia Ustaz Hj Anwari bin Hj Rawi seorang pengamal perubatan Islam (Darusyifa’) dan juga merupakan penceramah dari Pusat Da’wah Islamiah.

Dalam ceramah beliau, selain beliau menyentuh mengenai keperibadian Junjungan kita Nabi Muhammad SAW beliau juga menyentuh sedikit mengenai perubatan Islam dan bagaiman mempergunakan produk-produk semulajadi menjadi obat juga beberapa bacaan dari Kitab Suci Al-Quran. Mengenai keperibadian Junjungan Nabi Muhammad SAW beliau menyatakan bagaimana suci nya hati baginda dalam menyampaikan dakwah baginda dan keihlasan baginda dalam membatu mereka yang susah dan fakir.

Majlis pada petang itu di tutup dengan Dikir Asyrakal yang di sampaikan oleh semua yang hadir.


IMG_5967
IMG_5965
IMG_5981
IMG_6004
IMG_6019
IMG_6025
IMG_6022

Untuk meninjau keseluruhan gambar sila klik