Monday, February 28, 2011

MAJLIS PENGHARGAAN AHLI JAWATANKUASA & SUKARELAWAN BKP YSHHB @ PANTAI SERASA 27-02-11

Sebagai penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan para Sukarelawan setelah kejayaan menganjurkan Hari Keluarga sempena 10 Tahun penubuhan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB dan beberapa Majlis-majlis anjuran Badan Kebajikan Pekerja YSHHB seperti Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha & Qurban, Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui Bahagian Kebajikan dan Sosial telah berkesudian menjemput para Ahli-Ahli yang terlibat dan para sukarelawan dari YSHHB dan Institut Teknologi Brunei sebagai penghargaan BKP kepada mereka.

Majlis yang agak santai telah di adakan dalam suasana kekeluargaan dan dalam bentuk format Barbeque dan perkelahan. Selain mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia terjalin, ianya juga sebagai aktiviti melepaskan tekanan kepada kita setelah bertungkus lumus berusaha dan bekerja sepanjang tahun lalu. Hanya sedikit yang agak mengecewakan apabila hanya segelintir ahli dan sukarelawan yang datang menghadirkan diri, namun ianya sedikit terubat dengan hadirnya beberapa orang Pegawai dan Penolong Pengarah Urusan dalam sama-sama menunjukkan sokongan kepada apa jua aktiviti BKP dalam bentuk suka dan dukanya. Sebagai mengisi “perkelahan” BKP ini, kita juga turut mengadakan beberapa permainan dan ada juga yang mengikuti “River Cruise” di sekeliling Pantai Serasa…


AM-7D 056

AM-5D 055

AM-7D 036

AM-7D 026

AM-7D 042

AM-7D 081

AM-7D 108

Untuk melihat semua aktiviti sila klik