Saturday, September 25, 2010

Rumah Terbuka BKP YSHHB 1431H/2010M @ Dewan Serbaguna Sek YSHHB 24-09-10


Dalam kesederhanaan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB melalui Bahagian Kebajikan dan Sosial telah berjaya melaksanakan Sambutan Hari Raya bagi tahun ani dengan konsep yang berbeza dari Sambutan Hari Raya sebelum ani. Pendekatan pada Tahun ani adalah lebih kepada berkonsepkan kepada 'Rumah Terbuka' dimana setiap ahli adalah di jemput datang pada bila-bila masa dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Dengan hidangan yang begitu lazat yang terhidang langsung dari tambak dan penyalaian, ianya ternyata meriah dan memangnya lazat. Selain dari makanan yang lazat, para hadirin juga di hiburkan dengan nyanyian Karaoke dari ahli-ahli yang berbakat selain menyaksikan tayangan slide aktiviti BKP YSHHB sepanjang tahun 2008-2010 termasuk Video Malam Penghargaan Pekerja-pekerja YSHHB Januari lalu.

Walaupun sambutan pada tahun ini adalah begitu ringkas, namun hajat kita untuk menjemput kesemua ahli-ahli untuk dapat bertemu dan bermaaf-maafan ternyata telah tercapai disamping itu juga kita dapat merapatkan lagi silaturahim antara sesama ahli mahupun keluarga ahli yang turut hadir di Majlis ini.

HR BKP 2010 50D 027

HR BKP 2010 7D 056
HR BKP 2010 7D 019
HR BKP 2010 7D 067 HR BKP 2010 7D 093
HR BKP 2010 50D 060 HR BKP 2010 7D 091
HR BKP 2010 7D 099
HR BKP 2010 7D 073

untuk melyaksikan gambar keseluruhannya sila klik