Thursday, September 2, 2010

Forum di Majlis Sambutan Nuzul 'Gaplah' dan 'Meriah' dan Sumbangan Kupon Sempena Hari Raya Kepada Ahli... @ KBY 02-09-10

.
Dengan kehadiran dan keadaan Dewan Serbaguna Tingkat 4 di Kompleks YSHHB yang hampir penuh telah menunjukkan bertapa hangatnya sambutan para Pegawai dan Kakitangan YSHHB bagi sama-sama memeriahkan Majlis meraikan Hari-hari Kebesaran Islam - Nuzul Al-Quran Tahun 1431H/2010M.
.
Ternyata pendekatan kali ini amat berjaya dimana kita telah dengan jayanya menemukan Pengerusi Forum (Ustaz Hj Shamsul Muawan bin Haji Shodiq) dengan Panel Jemputan (Ustaz Haji Jufri bin Hj Hidup) yang ternyata memiliki "Chemistry" semasa mengendalikan Froum Khas sempena sambutan ini. Banyak perkara juga telah di kupas oleh panel kita dengan menyentuh mengenai Kelebihan Al-Quran itu sendiri dan Kebesearan yang telah di bawaNya kepada sekalian alam. Sessi forum dihangatkan lagi dengan sessi soal jawab yang memang ternyata begitu 'Panas' apabila panel jemputan telah di ajukan dengan soalan yang sememangnya amat berguna kepada para mereka yang hadir. Sessi pada Petang ini juga seakan tidak cukup dan rata-rata berpendapat Forum sebegini seharusnya akan dapat dilanjutkan lagi kepada sessi kedua dalam sambutan Hari-hari kebesaran Islam yang akan datang lagi.
.
Sesuatu yang saya harus berikan pujian pada Majlis ini adalah apabila pihak Panel dan Pengerusi Forum ini telah berjaya membuat para yang hadir di Majlis ini supaya tidak berganjak keluar Dewan walaupun disedari waktu pejabat telah berlalu, Tahniah saya ucapkan secara peribadi kepada Bahagian Keagamaan.
.
Selesai Majlis Forum sempena Sambutan Nuzul Al-Quran, para ahli telah beredar ke tingkat 3 Kompleks Bangunan YSHHB bagi menerima kupon B$10 (Hua Ho Dept Store) sempena Hari Raya sumbangan dari Badan Kebajikan Pekerja YSHHB sebagai menghargai sumbangan dan komitmen para ahli dalam menjayakan apa jua kegiatan anjuran BKP YSHHB selama ini.
.

IMG_0768
IMG_0782
IMG_0806
IMG_0822
IMG_0789 IMG_0829
IMG_0847
IMG_0854
IMG_0247

Gambar Keseluruhan SIla Klik