Sunday, February 1, 2009

Pertarungan pemanas Badan - Badminton BKP YSHHB lwn Institut Perkhidmatan Awam Rimba @ Dewan IPA 31-01-09

Gambar / artikel : Amri HMS

.
Bahagian Sukan Badan Kebajikan Pekerja sekali lagi meneruskan kedahagaan mereka mencari dan mencari lawan yang berkeinginan melayan pasukan Badminton Badan Kebajikan Pekerja.... cabaran ani telah di sahut oleh Pihak Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dan ianya telah di langsungkan secara "Away" di Bangunan IPA Rimba. Hadir pada perlawanan ani adalah YDP yang senantiasa supporting....
.
Pada keseluruhannya keramaian dan mutu permainan antara kedua-dua pasukan adalah dikira seimbang dan labih kurang sahaja.... yang mana kebanyakkan permainan di sudahi dengan keputusan seri.... walaupun perlawanan pada petang atu di buat secara ringkas namun ianya cukup memberikan kepuasan kepada kedua-dua pasukan... Terima Kasih kami ucapkan kepada pihak IPA dan mudahan kitani akan dapat meneruskan lagi perlawanan persahabatan di lain jenis sukan lagi.....
.
Di dalam perancangan Bahagian Sukan, ada banyak lagi sukan-sukan yang akan di ketengahkan berdasarkan kaji selidik yang telah di lakukan sebelum ini seperti sukan-sukan yang agak popular - Bola Sepak/Futsal, Bola Jaring, Badminton dan lain-lain lagi. Sebanyak mana pun sukan yang dapat di senaraikan, pucuk dan pangkal kejayaannya adalah kembali juga kehadiran para ahli yang ingin menyertainya.... sama-sama lah kita akan memberikan sokongan kepada acara-acara anjuran BKP YSHHB yang akan datang..... Ariosssss.
.
Badminton BKP 027
Badminton BKP 024
Badminton BKP 026
Badminton BKP 010
Badminton BKP 014
Badminton BKP 034
Badminton BKP 028
Badminton BKP 021
Badminton BKP 032
Badminton BKP 045
Badminton BKP 044
.
Meninjau keseluruhan gambar di sini