Tuesday, January 27, 2009

Tinjau-tinjau Walkathon Hijrah BKP 2009 @ Sekolah YSHHB 25-01-09

Gambar Oleh : PHD/Sham/Amri/Wana
Artikel : Amri HMS

.
Alhamdullilah, melalui kelolaan Bahagian Keagamaan dan Bahagian Sukan, kita telah berjaya mengungkayahkan acara Walakthon bersempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430 yangmana telah di laksanakan di Sekolah Yayasan SHHB pada pagi Hari Ahad, 28 Muharam 1430H/25 Januari, 2009M.
.
Walaupun keramaian ahli yang hadir pada masa atu indalah memberangsangkan... namun semangat dan iltizam para ahli dan keluarga masih lagi tinggi bagi sama-sama menjayakan acara ani. Kehangatan matahari yang membakar memang turut sama membakar semangat semua yang terlibat untuk mengenang kembali Perjuangan Rasulullah semasa Berhijrah dari Mekah ke Madinah.
.
Turut hadir selaku tetamu kehormat adalah Pengarah urusan juga selaku Penaung BKP YSHHB - Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Hj Daud yangmana turut juga bejamur bepanas mengetuai Acara pemanas badan sebelum mengorak langkah bejalan kaki sejauh 2.3 kilometer di sekitar Sekolah Yayasan dan Lebuh raya Mentiri. Sesungguhnya setiap titik peluh yang gugur ke bumi mudah-mudahan akan diberikan pahala dari Allah SubahanaWataala.
.
Badan Kebajikan Pekerja juga ingin menyelitkan Sejuta ucapan Terima Kasih kepada penaja-penaja dan Ahli-ahli yang turut sama menjayakan kutipan walkathon ani terutama Yayasan SHHB, Archipelago Express Sdn Bhd, Syarikat Rosmawey, Mosari Trading & Distributor, Restoran Aneka Rasa dan ATH Niagabena Sdn Bhd. Jumlah kutipan kita adalah melebihi B$6,500.00 disamping tajaan sebanyak B$3,009.00. Dari jumlah ani pihak BKP YSHHB telah dengan Ikhlasnya menyumbangkan sebanyak B$500.00 kepada Dana PMMAMB untuk Anak-anak Yatim dan B$500.00 kepada Tabung Derma Khairat Pekerja YSHHB.
.
Harapan kita agar kegiatan ani akan diadakan pada setiap tahun bukan saja bagi menambahkan lagi kewangan BKP YSHHB disamping itu juga sebagai "Gathering" kitani untuk beriadah beramai-ramai...... Tahniah Bahagian Keagamaan dan Sukan...............
.
Walkathon Sham 023
Walkathon Sham 026
Walkathon Sham 027
Walkathon 350D 035
Walkathon 50D 041
Walkathon 50D 039
Walkathon 350D 025
Walkathon 350D 036
Walkathon 50D 049
Walkathon Sham 043
Walkathon 50D 112
.
untuk meninjau gambar keseluruhan sila klik