Tuesday, August 25, 2009

GERAI RAMADHAN HARMONI @ KBY - DIBUKA

.
Kepada semua Ahli-ahli BKP YSHHB, Bahagian Ekonomi BKP YSHHB telah mengadakan penjualan kueh muih dan berbagai juadah di sepanjang Bulan Ramadhan ini, bertempat di Kawasan Plaza Tengah Kompleks Bangunan Yayasan, Marilah kitani beramai-ramai menjayakan nya ..... sebarang pertanyaan sila hubungi Ketua Bhg Ekonomi.
.
IMG_5607
IMG_5604
IMG_5601
IMG_5602

Saturday, August 22, 2009

Thursday, August 20, 2009

Sambutan Israk Mikraj dan Ceramah Awal Ramadhan @ Dewan TASKA 20-08-09

.
Melalui bahagian Keagamaan, Acara sambutan Hari-hari kebesaran Islam telah di teruskan lagi pada tahun ani dengan mengadakan Sambutan Israk Mikraj dan sessi ceramah Menjelang Awal Ramadhan bagi tahun 1430H/2009M. Alhamdullilah pada Majlis ani para ahli telah memperdengarkan ceramah yang telah di sampaikan oleh penceramah Jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah NBD - Ustaz Isham bin Hj Ismail.

Penceramah telah mengupas serba sedikit kisah yang telah di lalui oleh Baginda Nabi Muhammad Sallalah Alaihiwassalam sepanjang Baginda di Mikrajkan. Beliau juga mengupas serba sedikit keberkatan yang bakal di dapat di sepanjang bulan Ramadhan, Bulan yang penuh dengan Rahmat dan Pahala di dalamnya.
Pada Majlis ini juga di selajurkan dengan Bacaan Tahlil bagi kelurga-kelurga ahli dan penyampaian sumbangan kepada Anak-anak Yatim melalui Tabung Derma Khairat Pekerja-pekerja YSHHB yangtelah di sampaikan oleh Pengarah Urusan YSHHB.
.
IMG_5525
IMG_5536
IMG_5538
IMG_5545
IMG_5560
IMG_5551
IMG_5569
IMG_5578
IMG_5591
Untuk Gambar Keseluruhan di Sini

Saturday, June 13, 2009

Majlis Perpisahan Naib YDP - Dk Hjh Serinah @ Aneka Rasa 13-06-09

.
Lebih kurang setahun sahaja lagi baki tempoh jawatan AJK BKP YSHHB yangmana akan berakhir pada Jun 2010, Naib Yang Dipertua BKP – Dk Hjh Serinah Pg Hj Sulaiman terpaksa mengucapkan selamat Tinggal kepada Yayasan SHHB dan juga BKP YSHHB kerana beliau akan berpindah kerja ke Bank Islam Brunei Darussalam. Ternyata buah fikiran dan idea-idea yang bernas munkin menjadi kehilangan terbesar bagi pihak BKP. Apa-apa pun bagi mewakili semua ahli BKP kami mengucapkan Tahniah dan Semoga Berjaya dalam setiap apa jua bidang yang Dayangku ceburi nanti. Di Majlis ini juga pihak BKP telah menyerahkan wang sumbangan BKP kepada beliau beserta Cenderamata.
.
IMG_1249
IMG_1251
IMG_1269
gambar penuh di sini

Wednesday, June 3, 2009

SUAPRIPAD Rebah di Halaman BKP YSHHB @ Dewan Sekolah YSHHB 03-06-09

.
Terlalu mudah kali ini bagi pihak kita menjinakkan pelawat dari guru-guru Sekolah Ugama Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Kemenangan demi kemenangan kita perolehi, namun di sebalik kemenangan itu ada juga terselit beberapa kegusaran, masih juga muka-muka yang sama memberikan sokongan kepada Perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini, saya maksudkan masih belum ada lagi perubahan kepada ahli yang hadir sama ada ianya pemain lama mahupun pemain yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini. Di harap semangat orang-orang lama akan kembali semula memberikan pengalaman berharga mereka kepada ahli yang baru bagi perlawanan-perlawanan akan datang. Keputusan : Menang 4, Seri 2 & Kalah 2
.

IMG_0537
IMG_0548
IMG_0567
IMG_0566
IMG_0576
IMG_0574
Gambar Keseluruhan di Sini

Monday, June 1, 2009

LA - Satu Kenangan....................

Photo by : Kulimpapat & Bidadari
.
Selepas kali terakhir ke Gua Niah Miri, Sarawak pada tahun 2005, Bahagian Kebajikan dan Sosial dan kerjasama Bahagian Sukan dan Bahagian Keagamaan telah sekali lagi menganjurkan trip percutian ke Luar Negara, Lokasi pilihan pada kali ini adalah Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 27 orang Peserta beserta 4 orang pasangan ahli telah menyertai rombongan ini.

Ahad. 31 Mei, 2009

Rombongan bertolak dari Terminal Serasa pada jam 8.30 pagi dan telah sampai ke WP Labuan pada jam 10 pagi. Kami kemudiannya di bawa mengelilingi Pulau Labuan dan membuat lawatan ke Tanah Perkuburan Memorial Perang Dunia ke 2 dan sampai ke Manikar Beach Resort pada jam 11.30 dan di selajurkan aktiviti Makan Tengahari. Sessi Taklimat telah di sampaikan oleh Ketua Bahagian Kebajikan dan Sosial selaku Urusetia rombongan ini. Selepas itu adalah aktviti bebas, hehehe ada yang ber SPA, ada yang berandam di kolam, ada yang berurut dan ada juga yang membuat tahi mata.

Sebagai aktiviti pertama adalah permainan kaki 3 yangmana telah di juarai oleh kumpulan Awg Mahadi, Dyg Alijah dan Dyg Norlelawati. Permainan yang mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak dulu. Memang satu permainan yang memerlukan strategi dan kami sebagai penonton tak kering gusi melihat telatah dan gaya para pemain…. Kapizannnnn…. Semua mesti tidak akn dapat melupakan kehebatan Siti Norhajijah memasang selipar kaki tiga, telatah Lela kengalihan…. Haha memang meninggalkan sejuta kenangan yang melucukan.

Sebelah petang hingga maghrib adalah acara bebas dan sebagai mengisi masa itu kebanyakkan para peserta telah menjadi seperti duyung berendam di kolam air. Dan aktivti yang tidak dilupakan pada waktu itu adalah aksi Jaws dan pertandingan mencari wang syiling dalam kolam…. Dan juara adalah Alimin yang menyelam dengan aksi Ikan Pari……

Sebelah malam adalah BBQ night – ianya telah di isi dengan permainan Table Top game seperti menyambung numbur, menyimpan 11 paku atas 1 paku, meniup bola ping pong dalam gelas, tamu-tamuan dan sessi karaoke yang tercampur dengan sessi Pocho-Pocho….. semua puas dengan aktiviti pada malam ani Paling melucukan adalah aksi Pg Azliman dan Pg Rizal semasa pertandingan tiup bola ping pong dan Nyanyian yang melucukan dari Sadri dan Jabdi. Makanan BBQ nya pun memang nyaman-nyaman…. Nyum nyum…. Then sudah ngalih tidoooooo….

Isnin. 01 Jun, 2009

Sessi pagi di mulakan dengan minum pagi sebelum kami menyerbu bandar Labuan untuk aktivit membeli belah barang-barang ulih-ulih. Sungguh santai rombongan kali ani. Kami telah di bawa mengelilingi bandar Labuan dan memang banyak jua lah ulih sorang-sorang…..

Kami berehat sekejap pada Tengahari di Manikar Beach Resort sebelum check out dan kami telah bertolak ke Terminal untuk pulang ke Brunei pada Jam 2.30 petang dan kami telah sampai ke Terminakl Serasa pada jam 5.30 petang…..

Kesimpulan

Mungkin rombongan sebegini akan lebih meriah lagi jika disertai oleh ramai ahli kitani, banyak juga cadangan yang diterima seperti dari segi kos dan ada juga mengutarakan mengenai destinasi yang akan datang seperti Kota Kinabalu. Dalam apa pun aktivti yang di usahakan oleh pihak BKP kami selaku AJK memang mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan namun pokok pangkal semua ini adalah penyertaan dan sokong dari ahli jua. Mudahan di masa-masa akan datang kitani akan dapat mengumpulkan lebih banyak lagi ahli kitani menyertai romobong lawatan ke luar negara. Mengenai kos pembayaran, pihak BKP telah berusaha memberikan kemudahan yang terbaik bagi setiap ahli dengan kaedah potongan gaji selama 2 ke 3 bulan. Sebaranag Pendapat dan cadangan bolehlah di hantarkan secara bertulis kepada Ketua Bahagian Perhubungan Awam – Awg Amri bin Hj Md Salleh pada bila-bila masa.
.
HANYA GAMBAR INI DAPAT BERCERITA
.
Labuan 50D 004
Labuan 50D 014
Labuan 50D 031
Labuan 50D 035
Labuan 50D 043
Labuan 50D 054
Labuan 50D 059
Labuan 50D 065
Labuan 350D 063
Labuan 50D 142
Labuan 50D 170
Labuan 50D 193
Labuan 350D 208
Labuan 50D 226
Labuan 50D 252
Labuan 50D 264
Labuan 50D 283
Labuan 350D 263
Labuan 50D 336
Labuan 50D 351
Labuan 350D 305
Labuan 350D 323
Labuan 350D 333
Labuan 350D 370
Labuan 50D 365
Labuan 50D 414
Labuan 50D 417
Labuan 50D 446
Labuan 50D 473
Kalau kan meliat semua klik di sini