Monday, June 1, 2009

LA - Satu Kenangan....................

Photo by : Kulimpapat & Bidadari
.
Selepas kali terakhir ke Gua Niah Miri, Sarawak pada tahun 2005, Bahagian Kebajikan dan Sosial dan kerjasama Bahagian Sukan dan Bahagian Keagamaan telah sekali lagi menganjurkan trip percutian ke Luar Negara, Lokasi pilihan pada kali ini adalah Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 27 orang Peserta beserta 4 orang pasangan ahli telah menyertai rombongan ini.

Ahad. 31 Mei, 2009

Rombongan bertolak dari Terminal Serasa pada jam 8.30 pagi dan telah sampai ke WP Labuan pada jam 10 pagi. Kami kemudiannya di bawa mengelilingi Pulau Labuan dan membuat lawatan ke Tanah Perkuburan Memorial Perang Dunia ke 2 dan sampai ke Manikar Beach Resort pada jam 11.30 dan di selajurkan aktiviti Makan Tengahari. Sessi Taklimat telah di sampaikan oleh Ketua Bahagian Kebajikan dan Sosial selaku Urusetia rombongan ini. Selepas itu adalah aktviti bebas, hehehe ada yang ber SPA, ada yang berandam di kolam, ada yang berurut dan ada juga yang membuat tahi mata.

Sebagai aktiviti pertama adalah permainan kaki 3 yangmana telah di juarai oleh kumpulan Awg Mahadi, Dyg Alijah dan Dyg Norlelawati. Permainan yang mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak dulu. Memang satu permainan yang memerlukan strategi dan kami sebagai penonton tak kering gusi melihat telatah dan gaya para pemain…. Kapizannnnn…. Semua mesti tidak akn dapat melupakan kehebatan Siti Norhajijah memasang selipar kaki tiga, telatah Lela kengalihan…. Haha memang meninggalkan sejuta kenangan yang melucukan.

Sebelah petang hingga maghrib adalah acara bebas dan sebagai mengisi masa itu kebanyakkan para peserta telah menjadi seperti duyung berendam di kolam air. Dan aktivti yang tidak dilupakan pada waktu itu adalah aksi Jaws dan pertandingan mencari wang syiling dalam kolam…. Dan juara adalah Alimin yang menyelam dengan aksi Ikan Pari……

Sebelah malam adalah BBQ night – ianya telah di isi dengan permainan Table Top game seperti menyambung numbur, menyimpan 11 paku atas 1 paku, meniup bola ping pong dalam gelas, tamu-tamuan dan sessi karaoke yang tercampur dengan sessi Pocho-Pocho….. semua puas dengan aktiviti pada malam ani Paling melucukan adalah aksi Pg Azliman dan Pg Rizal semasa pertandingan tiup bola ping pong dan Nyanyian yang melucukan dari Sadri dan Jabdi. Makanan BBQ nya pun memang nyaman-nyaman…. Nyum nyum…. Then sudah ngalih tidoooooo….

Isnin. 01 Jun, 2009

Sessi pagi di mulakan dengan minum pagi sebelum kami menyerbu bandar Labuan untuk aktivit membeli belah barang-barang ulih-ulih. Sungguh santai rombongan kali ani. Kami telah di bawa mengelilingi bandar Labuan dan memang banyak jua lah ulih sorang-sorang…..

Kami berehat sekejap pada Tengahari di Manikar Beach Resort sebelum check out dan kami telah bertolak ke Terminal untuk pulang ke Brunei pada Jam 2.30 petang dan kami telah sampai ke Terminakl Serasa pada jam 5.30 petang…..

Kesimpulan

Mungkin rombongan sebegini akan lebih meriah lagi jika disertai oleh ramai ahli kitani, banyak juga cadangan yang diterima seperti dari segi kos dan ada juga mengutarakan mengenai destinasi yang akan datang seperti Kota Kinabalu. Dalam apa pun aktivti yang di usahakan oleh pihak BKP kami selaku AJK memang mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan namun pokok pangkal semua ini adalah penyertaan dan sokong dari ahli jua. Mudahan di masa-masa akan datang kitani akan dapat mengumpulkan lebih banyak lagi ahli kitani menyertai romobong lawatan ke luar negara. Mengenai kos pembayaran, pihak BKP telah berusaha memberikan kemudahan yang terbaik bagi setiap ahli dengan kaedah potongan gaji selama 2 ke 3 bulan. Sebaranag Pendapat dan cadangan bolehlah di hantarkan secara bertulis kepada Ketua Bahagian Perhubungan Awam – Awg Amri bin Hj Md Salleh pada bila-bila masa.
.
HANYA GAMBAR INI DAPAT BERCERITA
.
Labuan 50D 004
Labuan 50D 014
Labuan 50D 031
Labuan 50D 035
Labuan 50D 043
Labuan 50D 054
Labuan 50D 059
Labuan 50D 065
Labuan 350D 063
Labuan 50D 142
Labuan 50D 170
Labuan 50D 193
Labuan 350D 208
Labuan 50D 226
Labuan 50D 252
Labuan 50D 264
Labuan 50D 283
Labuan 350D 263
Labuan 50D 336
Labuan 50D 351
Labuan 350D 305
Labuan 350D 323
Labuan 350D 333
Labuan 350D 370
Labuan 50D 365
Labuan 50D 414
Labuan 50D 417
Labuan 50D 446
Labuan 50D 473
Kalau kan meliat semua klik di sini

2 comments:

bkpyshhb said...

Rugi sapa inda ikut.... hehehe abis stress ilang walaupun badan sangal n ngalih tapi siuk gilerrrr........

Unknown said...

we~~~~ are~~~~ the~~~ champion~~~~~ kaki tiga~~~~ nyehehehehe.... walau pun kajijah tesuduk,rabah rimpah,tekulipit apa beindah.... but we are num 1 nyehehehe.... well done to AJK... kK would be great for the next trip... CANA???