Monday, September 26, 2011

Subuk Tinjau semasa Rumah Terbuka Hari Raya BKP @ Sekolah YSHHB 24-09-11

Seperti kelaziman dan genap setahun selepas Majlis seperti ini telah di laksanakan, Sekali lagi Badan Kebajikan Pekerja melalui Bahagian Kebajikan dan Sosialnya telah mengungkayahkan satu Majlis Sambutan Hari Raya yang berkonsepkan ala-ala Rumah Terbuka.

Hadir selaku tetamu kehormat adalah Pengarah Urusan YSHHB juga selaku Penaung Badan Kebajikan Pekerja YSHHB - Yang Mulia Dato Paduka Hj Ali Hashim bin Hj Daud. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan BKP YSHHB kepada bakal jemaah haji yang terdiri dari AHli-ahli BKP YSHHB. Turut hadir adalah Penolong-penolong Pengarah Urusan YSHHB serta keluarga.

Pada tahun ini sedikit perubahan yang dilaksanakan adalah bilamana pihak BKP telah membukakan jemputan bukan terhad kepada Ahli sahaja malahan juga dijemput adalah kaum keluarga Ahli juga. Pengisian dalam Majlis ini hanyalah sekadar merapatkan tali silaturahim antara kita sesama ahli juga bermaaf maafan jika ada kesilapan yang telah di lakukan. Alhamdulillah dengan kehadiran para ahli dari seluruh warga kerja YSHHB telah memberikan platform untuk kita mengenal juga berhibur sambil tidak lupa kepada Matlamat untuk meraikan Hari kemenangan untuk semua Umat Islam setelah sebulan berpuasa iaitu Hari Raya.

Kesederhanaan dan keberkesanan konsep Rumah Terbuka ini telah sedikit sebanyak memberikan kita kenangan manis juga kemesraan yang sedia terjalin yangmana akan menjadikannya lebih kukuh dan erat.


IMG_4042
IMG_4039
IMG_3993
IMG_4005
IMG_4011
IMG_4051
IMG_4072
IMG_4028
IMG_4031
IMG_4019IMG_4216
IMG_4218
IMG_4259

untuk melihat keseluruhan Gambar sila klik