Friday, April 1, 2011

CERAMAH MOTIVASI PERANCANGAN KEWANGAN [FINANCIAL PLANNING] @ KBY 30-03-11


Badan Kebajikan Pekerja YSHHB (BKP YSHHB) melalui Bahagian Kebajikan dan Sosial dalam usahanya mengelinga kebajikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan YSHHB / guru-guru dan kakitangan Sekolah YSHHB, telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan ceramah motivasi Perancangan Kewangan (Financial Planning) untuk ahli-ahlinya dimana bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ahli-ahli BKPYSHHB mengenai pentingnya perancangan kewangan.


Ceramah pada petang ini adalah juga kerjasama dengan pihak Bank Islam Brunei Darussalam melalui Bahagian Pelaburan mereka yangmana telah di sampaikan oleh Dyg Nurul Jafriah bte Abdullah & Dyg Adinah bte Hj Jamudin. Antara intipati isi ceramah yang di sentuh oleh adalah :-
  1. Memberikan penekanan akan perihal pentingnya perancangan kewangan dan peranannya bagi mencapai kestabilan kewangan.
  2. Penerangan bagi tahap komitmen bagi setiap perbezaan tahap kehidupan dan memberikan tips-tips dalam persediaan bagi menangani cabaran yang akan mendatang.
  3. Penerangan ringkas bagi persediaan dan keperluan sebelum bersara dan menerangkan kepentingan mengenai perancangan jangkamasa panjang.
  4. Peringatan mengenai bertapa pentingnya untuk memiliki wang tabungan dan rasionalnya yangmana beliau telah memberikan kadar minima bagi persediaan kecemasan iaitu 6 bulan pendapatan.
  5. Pembahagaian harta – menyentuh mengenai Faraid, Hibbah dan Wasiat.
  6. Berkongsi pandangan mengenai perbandingan antara kemahuan dan keperluan dan bagaimana tabiat berbelanja boleh memberikan impak kepada kewangan anda.
Bank Islam Brunei Darussalam amat berbesar hati dan memberikan sokongan kepada insiatif dalam menjayakan kesedaran mengenai perancangan kewangan kepada umum. Langkah seperti ini akan dapat mengubah cara mereka berfikir dan membuat mereka lebih peka untuk mengambil tindakan segera dalam mentadbir kewangan mereka.

Bagi pihak Badan Kebajikan Pekerja YSHHB, kami amat berterima kasih atas kerjasama ini dan berharap ianya akan dapat di laratkan dan di pertingkatkan lagi di masa akan datang. Mungkin pada masa akan datang kita akan menyentuh tentang tajuk yang lain lagi.

Sessi ceramah pada petang ini di sudahi dengan sessi soal jawab dan kemudiannya penyampaian cenderamata kepada BIBD yang di sampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan 1.

IMG_1208
IMG_1205
IMG_1228
IMG_1237
IMG_1256
IMG_1272

untuk menyaksikan keseluruhan gambar sila klik