Sebagai salah satu aktiviti dari pihak Tabung Derma Khairat Pekerja-pekerja YSHHB yangmana memang dasar tujuan asalnya adalah untuk menjadi salah satu wadah (platform) bagi ahli-ahlinya membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan, maka atas salah satu inisiatif agar kita beroleh limpahan berlipat kali ganda di bulan Ramadhan Al-mubarak ini, TADEKHA telah membuat sumbangan berupa keperluan Hari Raya kepada beberapa orang yang terpilih bagi menerima bantuan berkenaan. Sumbangan tersebut adalah merupakan kueh-muih dan minuman bagi kegunaan sempena Hari Raya dan Wang Tunai yangmana telah di sampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan 3, Tuan Haji Mat Zahri.
.