artikel / gambar : Amri HMS
.
Kegiatan pertama bagi tahun 2009 kelolaan Bahagian Kebajikan dan Sosial.... lawatan ke Pusat Mempromosi Kesihatan Berakas yangmana baru saja di buka penghujung tahun 2008. Adapun tujuan kegiatan ani di adakan adalah bagi mengisikan masa di hujung minggu para ahli di samping membuka minda para ahli bagi mengamalkan hidup secara sihat.
.
Majoriti kehadiran kali ani agak mengejutkan adalah ahli dari pihak Sekolah YSHHB, mungkin ini adalah kebetulan ianya jua menjadi kegiatan wajib bagi semua guru-guru pada setiap hari Sabtu. Di harap semangat cemani ani akan tetap berterusan di masa-masa akan datang.
.
Acara pada petang atu dimulakan dengan sessi bergambar ramai dan penyampaian cenderamata dari pihak BKP YSHHB kepada PMK. sejurus atu para ahli telah di bahagikan kepada 4 pasukan kecil yang di bawa ke dewan pameran. Di sana para ahli telah pun di jelaskan semua aspek yang perlu diketahui mengenai amalan kehidupan sihat dan cara mengelakkan kemalangan di rumah dan tempat kerja. Dari Aspek makanan, penyimpanan makanan, pemilihan makanan, pergigian, Rokok dan akibatnya, keselamatan pejabat, proses kehamilan, penyakit kelamin dan lain-lain lagi. Yang menyeronokkan di penghujung lawatan ani adalah sessi Aerobik - Pocho-pocho yang mana ianya juga turut disertai oleh peserta lain......... Kesimpulannya..... Siuk Kali ahhhhhhhh.....
.
.
Sila subuk gambar lain di
sini