Friday, December 12, 2008

Majlis Ibadah Qurban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha BKP YSHHB @ Kumbang Pasang 11-12-08

.
Buat kesekian kalinya Badan Kebajika Pekerja melalui Bahagian Keagamaan telah dengan jayanya mengadakan Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Majis Ibadah Qurban bagi tahun 1429H bersamaan 2008M yangmana ianya turut di selajurkan dengan sumbangan dari pihak Yayasan kepada Persatuan SMARTERS, Pusat Ehsan dan Rumah Kegiatan Ugama Kampong Bebuloh. Tabung Derma Khairat Pekerja YSHHB juga telah menyumbangkan B$1,000.00 kepada Dana PMMAMB. Sebanyak 10 ekor kerbau, 2 ekor sapi dan 8 ekor kambing telah di sembelih pada Majlis Ibadah Qurban kali ani yangmana melibatkan sebanyak 92 penyertaan.
.
Penyertaan pada setiap tahun sememangnya telah menunjukkan peningkatan dan ini adalah merupakan cabaran-cabaran yang perlu di lalui oleh Badan Kabajikan Pekerja terutamanya Bahagian Keagamaan bagi mengungkayahkan lagi projek ini pada tahun-tahun mendatang. Selain dari penambahan penyertaan, turut memberi kesan juga adalah kos binatang Qurban dan kos penyelangaraan yang agak meningkat pada setiap tahun, InsyaAllah dengan iltizam dan semangat serta dorongan dari semua Pihak maupuan Pengurusan dan Ahli sendiri, Projek ini akan tetap diteruskan pada setiap tahun demi sama-sama beampit-ampitan memperoleh Keredhaan dari Allah jua...... Amin...
Imbasan memori sepanjang Projek
Qurban 1429H2008M 005
Qurban 1429H2008M 011
Qurban 1429H2008M 020
Qurban 1429H2008M 018
Qurban 1429H2008M 043
Qurban 1429H2008M 058
Qurban 1429H2008M 060
Qurban 1429H2008M 064
Qurban 1429H2008M 062
Qurban 1429H2008M 078
Qurban 1429H2008M 086
Qurban 1429H2008M 127
.
Untuk melihat keseluruhan Gambar sila Klik