Badan Kebajikan Pekerja YSHHB (BKP YSHHB) melalui Bahagian Kebajikan dan Sosial dalam usahanya mengelinga kebajikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan YSHHB / guru-guru dan kakitangan Sekolah YSHHB, telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan ceramah motivasi Perancangan Kewangan (Financial Planning) untuk ahli-ahlinya dimana bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ahli-ahli BKPYSHHB mengenai pentingnya perancangan kewangan.
- Memberikan penekanan akan perihal pentingnya perancangan kewangan dan peranannya bagi mencapai kestabilan kewangan.
- Penerangan bagi tahap komitmen bagi setiap perbezaan tahap kehidupan dan memberikan tips-tips dalam persediaan bagi menangani cabaran yang akan mendatang.
- Penerangan ringkas bagi persediaan dan keperluan sebelum bersara dan menerangkan kepentingan mengenai perancangan jangkamasa panjang.
- Peringatan mengenai bertapa pentingnya untuk memiliki wang tabungan dan rasionalnya yangmana beliau telah memberikan kadar minima bagi persediaan kecemasan iaitu 6 bulan pendapatan.
- Pembahagaian harta – menyentuh mengenai Faraid, Hibbah dan Wasiat.
- Berkongsi pandangan mengenai perbandingan antara kemahuan dan keperluan dan bagaimana tabiat berbelanja boleh memberikan impak kepada kewangan anda.
Bagi pihak Badan Kebajikan Pekerja YSHHB, kami amat berterima kasih atas kerjasama ini dan berharap ianya akan dapat di laratkan dan di pertingkatkan lagi di masa akan datang. Mungkin pada masa akan datang kita akan menyentuh tentang tajuk yang lain lagi.