Sunday, June 20, 2010

Dua Peristiwa akan Bermula Hari Ini!

Peristiwa 1

Pengundian bagi memilih calon-calon Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Pekerja sesi Julai 2010 hingga Jun 2012 akan bermula pada hari ini yang di mulakan di Kompleks Bangunan YSHHB selama dua hari dan akan di teruskan di Sekolah YSHHB pada hari Rabu 23-06-10 dan akan berakhir di Pejabat YSHHB di Jalan Kumbang Pasang pada Jumaat 25-06-10.
.
Undilah mereka yang awda fikirkan layak dengan mengambil kira kridabiliti dan komitmen yang anda fikirkan ada pada diri seseorang Calon itu. Mereka yang terpilih nanti akan mengalas tanggungjawab dari semua Ahli-ahli yang pada masa ini hampir mencecah 275 orang. Sama-samalah kita nantikan keputusannya di Mesyuarat Agung nanti yang akan di adakan pada 01-07-10 di Dewan Kuliah Sekolah Menengah YSHHB bermula jam 1.45 petang.
.

IMG_8924
IMG_8935IMG_8898


untuk menyaksikan gambar keseluruhan pengundian di KBY sila klik

.

Peristiwa 2
.
Malam ini bermula jam 7.00 malam bertempat di Dewan Sekolah Rendah YSHHB akan berlangsung Perlawanan Bulu Tangkis antara Rumah-rumah BKP YSHHB. Malam ini kita akan meyaksikan perlawanan pembukaan antara rumah Anbarah menentang rumah Khudri. Siapakah yang akan bakal menjuarainya sama-sama tah kitani nantikan. Bagi Penyokong dan Pemain selamat berjuang dan meriahkan lah suasana perlawanan dengan Penyokong-penyokong yang akan mengamatkan lagi suasana........... Selamat Berjuang.

Tuesday, May 25, 2010

Saturday, May 8, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BULU TANGKIS BKP YSHHB LWN ARTIS BRUNEI @ DEWAN SERBANGUNA SM 07-05-10


Kenangan yang sungguh tidak dapat di lupakan, lucu, riuh dan menghiburkan. Itulah gambaran yang dapat di gambarkan tentang suasana pada ketika atu. Telatah si Beracun, telatah paci memang sangat mengeletek hati semua penonton. walaupun ngalih dan lalah, memang sungguh siuk dan cali bila menganang telatah bisdurang. hahaha

BKP telah memenangi perlawanan dengan keputusan - Menang 6, Seri 2 dan tiada kekalahan.

IMG_6845
IMG_6848
IMG_6860
IMG_6853IMG_6877IMG_6922


untuk menyaksikan semua sila klik

Friday, April 23, 2010

Kejohanan Bowling Rumah-rumah BKP - Riuh dan Meriah.........

.
Sebagaimana yang di hasratkan dan tujuan asal penubuhan BKP ialah bagi mengeratkan dan merapatkan hubungan antara sesama ahlinya. Ternyata Kejohanan Bowling yang di laksanakan semalam telah membuktikan semua itu. Tahniah kepada Bahagian Sukan. Keceriaan, kemeriahan memang sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata. Semangat berpasukan di samping sebagai satu cara bagi memupuk rasa bersaing dengan cara sihat telah tercapai. Walaupun sebenarnya ada di antara ahli sesama pasukan baru pertama kalinya di satukan, akan tetapi keakraban memang mudah untuk di jalinkan dengan kaedah ini. Tiada siapa yang tahu dari mana asal tempat kerja ahlinya, semuanya bagai satu bumbung dengan sifat kekitaan yang terjalin.
.
Sesungguhnya kegiatan sebegini harapnya dapat di teruskan dan di pergiatkan lagi. Santai, meriah dan ceria.......... Tahniah Bahagian Sukan......... dan Tahniah Rumah Anbarah........... ;)
.
Bowling Keputusan Perlawanan copyIMG_3815
IMG_3819
IMG_3836
IMG_3858
IMG_3864
IMG_3907
IMG_3884
Untuk melihat keseluruhan kemeriahan sila klik di sini

Tuesday, April 20, 2010

TAKLIMAT KESIHATAN PENCEGAHAN PENYAKIT KRONIK @ DEWAN SM 21-04-10


Bahagian Kebajikan dan Sosial Badan Kebajikan Pekerja telah mengungkayahkan Taklimat berkenaan di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah YSHHB. Hadir pada taklimat ini adalah para Pegawai dan Kakitangan yang juga telah berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui kadar BMI juga tekanan darah. Dalam taklimat kesihatan ini juga penceramah jemputan dari Pusat Mempromosi Kesihatan - Dr Hajah Norhayati bte Hj Md Kassim, Pegawai Perubatan Kanan, Pusat Mempromosi Kesihatan, Kemneterian Kesihatan, telah memberikan informasi penting bagi bahaya penyakit-penyakit kronik, pencegahan dan pengamalam hidup cara sihat.


Sungguhpun aktiviti sebegini begitu ringkas dan singkat, akan tetapi ianya amatlah berguna bagi setiap individu memandangkan penyakit tidak mngenal siapa, kedudukan, jentina mahupun ideologi masing-masing. Di masa akan datang di harap akan ada lagi Taklimat sebegini bagi sama-sama mempromosikan kesihatan........


IMG_3672
IMG_3684
IMG_3699
IMG_3706
IMG_3720
IMG_3727
IMG_3771
IMG_3763
untuk melihat keseluruhan gambar sila klik

Tuesday, April 13, 2010

TAKLIMAT KESIHATAN PENCEGAHAN PENYAKIT KRONIK

.
Pada : 21 April, 2010
Tempat : Dewan Serbaguna, Sekolah YSHHB.
Jam : 2.15 petang
.
Dalam usaha mengelinga kebajikan para ahli-ahli, Badan Kebajikan melalui Bahagian Kebajikan dan Sosial sekali lagi menganjurkan taklimat kesihatan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai penyakit-penyakit kronik. Semua ahli di alu-alukan untuk menghadiri taklimat berkenaan bagi memperoleh pengetahuan dan manfaat darinya, InsyaAllah.....

Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Salallah Alaihi Wassalam @ KBY 04-03-10


Sebagai kegiatan tahunan Yayasan SHHB bagi meraikan Hari-hari Kebesaran Islam, melalui penyelanggaraan Badan Kebajikan Pekerja (Bahagian Keagamaan) telah menganjurkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallah Alaihiwassalam yangmana juga di selajurkan dengan ceramah Ugama yang di sampaikan oleh : Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee, Penceramah Pusat Da’wah Islamiah.

Di dalam ceramah beliau, beliau telah mengupas keistimewaan Insan yang bernama Nabi Muhammad Sallalah Alaihiwassalam. Kehidupan harian beliau dan banyak lagi sifat yang dapat di contohi oleh kita hingga ke hari ini. Selesai mendengarkan ceramah, Majlis diteruskan dengan Majlis Bedikir Asyrakal beramai-ramai yang di ketuai oleh Ustaz Syamsul Muawan bin Haji Shodiq. Majlis di sudahi dengan penyampaian Cenderahati kepada Penceramah Undangan yang di sampaikan oleh Tetamu Kehormat : Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Hj Daud.


IMG_2688
IMG_2692
IMG_2710
IMG_2733

keseluruhan gambar sila klik