Monday, September 22, 2008

Ceramah Bulan Ramadhan @ Kumbang Pasang 11-09-2008

Oleh : Amri HMS
.
Meluaskan pengetahuan menghalusi pemahaman, Alhamdullilah Bahagian keagamaan telah berjaya menganjurkan satu egiatan yang amat berfaedah terutama pada bulan Seribu rahmat ini. Sessi ceramah yang telah di kendalikan oleh pencermah Jemputan Ustaz Anwari memang amat membuka minda dan bertapa kadang-kadang perkara yang begitu remeh di pandangan kitani rupa-rupanya memang besar kesannya kepada peribadatan kitani seharian.
.
Sessi yang menarik adalah sessi soal jawab, segala aspek peribadatan di bulan Ramadhan ani telah dis entuh satu persatu, dari sudut sungkai, makan sahur, sembahyang sunat dan lain-lain lagi telah di perbincangkan dan di jelaskan dengan begitu interaktif. Harap-harap legiatan cemani yang memang santai ani akan dapat di adakan lagi dari masa ke semasa....
.
Kuliah R 001
Kuliah R 002
Kuliah R 003
Kuliah R 004
Kuliah R 005
Kuliah R 006
Kuliah R 007

Tuesday, September 9, 2008

Kuliah Ramadhan

rujukan : Minit Bhg Keagamaan YSHHB/BKP/UGM (2008-2010)

Tajuk : Kuliah Ramadhan
Tempat : Pejabat Yayasan, Jalan Kumbang Pasang
Tarikh : Khamis, 11 September 2008
Maritah kitani datang beramai-ramai bagi menambah dan menghalusi pengetahuan kitani.... InsyaAllah
segala pengetahuan ani akan dapat kitani jadikan bekalan di masa hadapan.... Amin.

Wednesday, September 3, 2008

Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadhan 1429H

001
002
.
Bertedarus Al-Quran di bulan Raamdhan adalah merupakan satu aktiviti tahunan bagi Ahli-ahli Badan Kebajikan Pekerja YSHHB. selain ianya menghalusi bacaan para ahli, ianya jua amat besar pahalanya. Marilah kitani meramai-ramai kan lagi semoga pahala dan bacaan kitani ani nanti akan di terima oleh Allah SubahanahuWataala.... amin..

Tuesday, September 2, 2008

Friday, August 29, 2008

Majlis Bertahlil dan Sessi Ceramah Sambutan Isyra' Mikraj dan Menjelang Bulan Ramadhan @ Kompleks YSHHB 28-08-08

.
Kompleks YSHHB - Alhamdullilah Majlis ani udah dapat kitani laksanakan dengan jayanya, dan Alhamdullilah ceramah yang di sampaikan pun memang amat berguna kepada kitani bagi tambahan pengetahuan. Tahniah kepada Bahagian Keagamaan kerana telah memberikan peluang yang berguna ani kepada semua ahli-ahli bagi sama-sama mendapat ikhtibar daripadanya.
.
Majlis yang dimulakan dengan Tahlil bagi kaum keluarga dan ahli-ahli yang telah kembali ke Rahmatullah ani kemudiannya di teruskan dengan sessi ceramah sempena memperingati Isyra' Mikraj Junjungan kita Nabi Muhammad Sallalah Alaihi Wassalam dan juga di selajurkan dengan sedikit tips dan panduan bagi kitani memantapkan lagi peribadatan semasa menjelangnya awal Ramadhan yang hanya dua tiga hari saja lagi akan tiba.
.
Badan Kebajikan Pekerja melalui Bahagian Keagamaan mungkin akan lebih giat menjalankan kegiatannya pada bulan Ramadhan ani nanti, InsyAllah.....
.
Ulih-ulih di sepanjang Majlis...........
.
Isra' 001
Isra' 002
Isra' 003
Isra' 004
Isra' 005
Isra' 006
Isra' 007
Isra' 009
Isra' 011
Isra' 010
Isra' 012
Isra' 013

Tuesday, August 26, 2008

Sambutan Isyra' Mikraj anjuran Badan Kebajikan Pekerja YSHHB

rujukan Minit Bahagian Keagamaan

Di maklumkan kepada semua Pegawai dan Kakitangan YSHHB, Majlis Ceramah sempena Sambutan Isyra'
Mikraj akan di adakan pada :-
Tarikh : Hari Khamis, 28 Ogos, 2008
Tempat : Tingkat 4, Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan YSHHB.
Masa : 3.00 petang
Maritah meramai-ramai kan Majlis di atas bagi sama-sama menimba ilmu dan pengtahuan untuk kebaikan dan
fedah kitani bersama.....

Monday, August 25, 2008

Perlawanan Persahabatan Bulu Tangkis YSHHB vs Contractor @ Dewan Serbaguna Sekolah YSHHB 23-08-08

.
Tahniah kepada Bahagian Sukan BKP YSHHB kerana berjaya mengusahakan perlawanan ani dengan meriahnya... Walaupun pada awalnya ianya adalah merupakan Perlawanan "Inter" Wilayah antara Gabungan Kakitangan YSHHB Kumbang Pasang dan Kompleks menentang Kakitangan Sekolah YSHHB, akan tetapi format terpaksa di tukar memandangkan kurangnya sambutan dari pihak Sekolah menurunkan pemain-pemain bisdurang yang bukan jua calang-calang handalnya....
.
Format malam atu terpaksa di tukar menjadi perlawanan antara Rojak BKP YSHHB (Gabungan Kumbang Pasang, Kompleks dan Sekolah) menentang Kontrakor Dewan yangmana di sudahi dengan kemenangan di pihak kitani 5 menang dan 1 seri. ish ish ish.... selebihnya perlawanan pada malam atu hanyalah di sifatkan sebagai perlawanan ala-ala adi beradi sambil men"test" dewan baru yang sungguh jauh lebih cantik dan memang inda membari malu kalau di adakan perlawanan persahabatan mahupun pertandingan... Thanks to Management yang telah menyediakan kemudahan ani....
.
Walaupun malam atu ujan ribut di luar memang inda terasa kemeriahan yang kami rasai di dalam dewan.... memang perlawanan malam atu bukan saja bermati-matian bis durang ani adaju a yang sampai putus memutus tali racket, apatah lagi shuttle lagitah kapisan mun ada yang pakai sampai satu tube dalam satu game... alah jua Piala thomas..... hehehe
.
Di masa akan datang di harap ramai lagi ahli-ahli yang berkesudian menghadirkan diri meramai-ramaikan apa jua anjuran Badan Kebajikan Pekerja. walaupun inda main.... datang saja mendangani tapuk tangan or membagi sokongan...... ariossss
.
.
BKP vs Contractor 001
BKP vs Contractor 002
BKP vs Contractor 003
BKP vs Contractor 007
BKP vs Contractor 004
BKP vs Contractor 005
BKP vs Contractor 006
BKP vs Contractor 008
BKP vs Contractor 009
BKP vs Contractor 010
BKP vs Contractor 012
BKP vs Contractor 011
BKP vs Contractor 013
BKP vs Contractor 015
BKP vs Contractor 016
BKP vs Contractor 017
BKP vs Contractor 019
BKP vs Contractor 018
BKP vs Contractor 020
BKP vs Contractor 021
BKP vs Contractor 022
BKP vs Contractor 023
BKP vs Contractor 024
BKP vs Contractor 026
BKP vs Contractor 025
BKP vs Contractor 027
BKP vs Contractor 028
BKP vs Contractor 029

Friday, August 22, 2008

Perlawanan Persahabatan - "INTER WILAYAH"

Rujukan Minit Bahagian Sukan
Perlawanan Persahabatan Bulu Tangkis antara Gabungan Pejabat Yayasan Kumbang Pasang
dan Kompleks Bangunan Yayasan lwn Sekolah YSHHB
Tempat : Kompleks Sukan Sekolah YSHHB
Tarikh : Sabtu, 23 Ogos, 2008
Jam : 7.00 malam

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring antara Gabungan Pejabat Yayasan Kumbang Pasang
dan Kompleks Bangunan Yayasan lwn Sekolah YSHHB
Tempat : Kompleks Sukan Sekolah YSHHB
Tarikh : Sabtu, 30 Ogos, 2008
Jam : 7.00 malam
Datanglah beramai-ramai, bawa gendang bawa pom-pom.... kitani meriahkan suasana dewan sukan baru
kitani........ Agi Idup Agi Ngelaban....